(Video Promo) Nokia X7-00 Bakal Menjengah Pasaran

Salam sejahtera buat semua.

nokia_x7_dark_steel_front-left_400x400Sudah dua tahun sejak saya memakai henset Nokia 5800 XM. Setakat ini, 5800 XM masih lagi berfungsi dengan baik dan hayat bateri masih lagi di tahap yang memuaskan. Jarang boleh jumpa hp Nokia yang sebagus ni. Sudah beberapa jenis hp Nokia yang telah saya guna sebelum ini.

Kini, Nokia bakal memperkenalkan satu lagi henset baru dalam siri X iaitu Nokia X7-00. Buat pengetahun semua, siri X ni susur galurnya berasal daripada siri Xpress Music (XM). Jadi, siri X itu sebenarnya khusus kepada henpon bercirikan hiburan.

Kenapa saya tertarik sangat dengan Nokia X7-00 ni? Sebabnya saya tengah mencari penganti kepada henset yang tengah saya pakai sekarang ni. Henset sekarang ni masih lagi bertahan walaupun skrinnya pernah tercalar semasa diletak di dalam poket seluar setelah bergesel secara tidak sengaja dengan meja batu dan selalu digunakan dengan ekstrem untuk merekod video serta melayari Internet (baca: tethering).

Continue reading

Nokia X2 Yang Tercalar

Salam sejahtera buat semua.

Nokia X2 tercalar

Nokia X2 yang dibeli baru-baru ini (sudah lebih sebulan) telah beberapa kali jatuh tanpa sengaja. Paling tinggi daripada paras katil. Tapi tiada apa-apa kesan calar dan rosak yang ketara pada X2.

Kesan calar pada bahagian atas (menyebabkan warna biru terhakis) adalah disebabkan oleh anak kunci. Memang X2 ni diletak sekali dengan kunci dalam poket seluar, jadi geseran dalam ruang yang sendat itulah yang menyebabkan keadaan sebegitu rupa.

Continue reading

Nokia X2-00 Sebagai Pengganti Nokia 6233

Salam sejahtera buat semua.

Nokia X2-00

Semasa pulang beraya tempoh hari, saya telah berniat untuk membeli sebuah telefon bimbit (hp) yang baru untuk menggantikan hp Nokia 6233 yang semakin tidak sihat. Pada mulanya saya ingin membeli Nokia 6700 Classic (adik kepada Nokia 6300 dan Nokia 6233), namun disebabkan model ni sudah tidak dijual lagi, saya memilih sahaja hp yang berkenan di hati.