Tema Hari Guru 2011: Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara

Salam sejahtera buat semua.

banner hari guru 2011

Sudah tidak sampai sebulan lagi sebelum Hari Guru 2011 disambut. Tepat 16 Mei 2011 nanti, sambutan Hari Guru akan berlangsung. Pelancaran perayaan Hari Guru peringkat kebangsaan ke-4 akan berlangsung di Borneo Convention Centre, Kuching, Sarawak.

Tema bagi sambutan Hari Guru kali ke-40 untuk tahun 2011 ialah Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara. Mendalami tema Hari Guru 2011, cabaran pendidikan di sekolah masa kini telah banyak berubah sejak meletusnya teknologi maklumat. Sikap dan perwatakan pelajar juga berubah seiring dengan peredaran masa. Semua ini memerlukan guru untuk turut sama bergerak dalam iringan perubahan yang semakin deras.

Jadi, tanggungjawab guru dalam melakukan perubahan dalam pendidikan negara sangatlah besar. Transformasi bermula daripada cara guru mengaplikasi dasar pendidikan negara dengan berkesan. Para guru Malaysia telah pun bersedia untuk menjana transformasi pendidikan negara!

Untuk lagu tema hari guru, anda boleh rujuk pada pautan yang diberikan. Lirik dan mp3 lagu disediakan dalam entri tersebut.

beliamuda: Kami guru Malaysia.. lala~ Eh, kami bakal jurutera Malaysia:D

One thought on “Tema Hari Guru 2011: Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara

  1. Pingback: Ucapan Selamat Hari Guru 2011 | beliamuda {dot} com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge