Salam sejahtera buat semua.
Pada setahun lalu, saya sempat mendedikasikan sebuah entri buat cikgu dan guru. Kali ini, Hari Guru disambut lagi apabila datangnya 16 Mei. Rasanya, sekolah-sekolah di negeri Kelantan, Terengganu dan Kedah akan menyambut terus Hari Guru tahun ni pada tarikh tersebut. Sekolah di negeri-negeri lain mungkin akan menyambutnya pada hari Isnin nanti.
Lagu Kami Guru Malaysia
Satu benda yang saya selalu dengar masa sekolah rendah dulu adalah lagu Kami Guru Malaysia. Maklumlah, anak cikgu. Lagipun, lagu ni memang akan dipasang saban tahun pada sambutan Hari Guru.
Tak sangka masih boleh ingat lagi lirik lagu Kami Guru Malaysia. Dibawah ini adalah lirik penuh lagu tersebut.
Lirik Lagu Kami Guru Malaysia
Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita
Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua
Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta
Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan
Lagu & Lirik : Hashim Ahmad
>> Download lagu Kami Guru Malaysia [klik] <<
Tema Hari Guru 2010
Nampaknya pada tahun ini, tema Hari Guru masih lagi sama dengan tahun lalu iaitu Guru Pembina Negara Bangsa. Dengan tema hari guru 2010 ini, turut didatangkan bersama ialah lagu tema Hari Guru 2010.
Tajuk lagu tema Hari Guru 2010 ialah Guru Pembina Negara Bangsa (mestilah sama dengan tema Hari Guru kan?)
Lirik Guru Pembina Negara Bangsa
Bersedia melangkah megah
Walaupun sukar baktiku curah
Demi mu ibu pertiwi
Sumpah ku lafaz janji kukota
Berikrar eratkan bangsa
Kukuhkan cinta kepada Negara
Berjasa terus berjasa
Menyebarkan ilmu tiada batasnya
Guru Pembina Negara Bangsa
Gagah perjuangkan visi Negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
Demi agama dan nusa tercinta
Guru Pembina Negara Bangsa
Tetap Unggul senadakan suara
Sehaluan menggapai matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia
Pencipta Lagu : Khairulrizam bin Khalid
Pencipta Lirik : Ili Nurbahirah bt Baharudin
Pengubah Muzik : Marzuki bin Tambi
>> Download lagu Guru Pembina Negara Bangsa dan Minus One [klik] <<
beliamuda: Selamat hari guru kepada cikgu dan bakal guru… Cukup setakat ini, ‘Guru Besar’ dah pesan suruh pergi belajar rajin-rajin. ^_^
x sabr nk nyyi lgu Guru M’sia ari khms nie..smpena smbtn ari guru prgkt skolah… & x sbr gak nk balk smnjg, cuti2….
Saya ni c’gu yang dah lama tak ngajar di sekolah..tapi tiap kali majlis hari guru disambut, masa menyanyikan lagu ni, masih rasa terharu dan meremang..
Pingback: Tema Hari Guru 2011: Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara | beliamuda {dot} com
Pingback: Ucapan Selamat Hari Guru 2011