Kad Ucapan Khas Hari Guru 2011

Salam sejahtera buat semua.

Ucapan Selamat Hari Guru

Merujuk kepada entri ucapan selamat Hari Guru 2011 buat para guru, saya ada menyatakan yang gambar di atas dibuat khas sebagai kad ucapan buat cikgu-cikgu adik saya di sekolah. Tapi sayangnya direjek oleh Mama kerana terlalu banyak warna sebab dakwat warna printer dah nak habis.

Continue reading

Lagu Tema Hari Guru 2011

Salam sejahtera buat semua.

Bersempena dengan sambutan Hari Guru 2011 yang bakal berlangsung esok, Mama menyuruh saya mencari lagu tema Hari Guru 2011. Saya ingatkan lagu ni masih lagi belum dimasukkan dalam portal KPM, tapi rupa-rupanya dah ada.

Jadi, dalam entri ni saya kongsikan lagu tema Hari Guru 2011 berserta dengan lirik dan juga fail mp3 lagu tersebut untuk dimuat turun. Minus one untuk lagu tema Hari Guru 2011 juga boleh dimuat turun.

Continue reading

Ucapan Selamat Hari Guru 2011

Salam sejahtera buat semua.

Ucapan Selamat Hari Guru

Siapa dalam gambar di atas? Hensem tak? Hehe. Itulah dia Ketua Pengawas Sekolah Kebangsaan Bekelam, Muhammad Syafiq. Err, adik bongsu saya la ni. Gambar khas di atas diambil untuk buat ucapan selamat Hari Guru 2011 kepada para cikgu di sekolah dia.

Sebelum kita pergi lebih jauh, suka saya ingatkan tema sambutan Hari Guru 2011 ialah Guru Penjana Transformasi Negara. Sambutan tahun ini adalah yang ke-40 dan sambutan peringkat kebangsaan akan diadakan di Kuching.

Continue reading

Tema Hari Guru 2011: Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara

Salam sejahtera buat semua.

banner hari guru 2011

Sudah tidak sampai sebulan lagi sebelum Hari Guru 2011 disambut. Tepat 16 Mei 2011 nanti, sambutan Hari Guru akan berlangsung. Pelancaran perayaan Hari Guru peringkat kebangsaan ke-4 akan berlangsung di Borneo Convention Centre, Kuching, Sarawak.

Tema bagi sambutan Hari Guru kali ke-40 untuk tahun 2011 ialah Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara. Mendalami tema Hari Guru 2011, cabaran pendidikan di sekolah masa kini telah banyak berubah sejak meletusnya teknologi maklumat. Sikap dan perwatakan pelajar juga berubah seiring dengan peredaran masa. Semua ini memerlukan guru untuk turut sama bergerak dalam iringan perubahan yang semakin deras.