Semakan Keputusan Permohonan Matrikulasi 2011/2012 Melalui SMS

Salam sejahtera buat semua.

Keputusan permohonan matrikulasi bagi sesi 2011/2012 semakin menghampiri kepada tarikh pengumuman dan semakan. Hari pengumuman keputusan permohonan matrikulasi pada tahun ini ialah pada 28 April 2011.

Seperti tahun sebelumnya, para pemohon boleh membuat semakan keputusan melalui cara menghantar mesej pesanan ringkas (SMS). Format untuk SMS adalah seperti yang ditunjukkan di bawah.

 

Semakan Keputusan Kemasukan Matrikulasi melalui SMS

Pemohon boleh SMS dengan menaip MOE<jarak>MAT<jarak>NO.K.P dan hantar kepada 15888.

Namun begitu, pemohon digalakkan melayari portal Bahagian Matrikulasi KPM kerana calon yang berjaya dapat mencetak surat tawaran dan dokumen lain yang perlu dibawa semasa mendaftar di kolej matrikulasi.

Sumber: [1] [2]

 

beliamuda: Nak semak keputusan matrikulasi dengan SMS boleh. Tapi, nak print dokumen berkaitan, sila guna semakan cara online.

Comments

22 responses to “Semakan Keputusan Permohonan Matrikulasi 2011/2012 Melalui SMS”

  1. biela Avatar

    thanks for the info ya 🙂

    saya slalu jadikan web nie untuk rujukan saya ..

    1. beliamuda Avatar

      @biela, sama-sama.

  2. aizuddin Avatar

    all the best semua 🙂

  3. rafiqqqqq Avatar

    bila bley cek????

  4. yana Avatar
    yana

    Kalau kita nak semak aje tapi tak nak pergi matrik,boleh tak kalau nak buat macam tu?Ke sekiranya kita semak keputusan untuk ke matrikulasi secara tak langsung kita telah bersetuju untuk mendaftar ke matrikulasi?

    1. ana Avatar
      ana

      @yana,
      setahu saya, kalau kita daftar baru bersetuju. yang tu hanya nak beritahu je kita dapat tempat atau tidak.

    2. beliamuda Avatar

      @yana, tak semestinya, sebab ada pengesahan perlu dibuat kalau bersetuju.

  5. sayacomel Avatar

    emm..kena semak esok nanti.

  6. ajeem Avatar

    nak tanye saya dapat masuk matrik perlis. tp saya nak mintak tukar matrik lain boleh tak beliamuda??

    1. ana Avatar
      ana

      @ajeem,
      rasanya tak boleh… sebab spot kat matrik yang awak pilih tu maybe dah penuh.

    2. beliamuda Avatar

      @ajeem, kalau tak silap, tak boleh kecuali ada alasan yang kukuh (kesihatan, kembar).

  7. Nadya Avatar
    Nadya

    Nadya
    04.28.2011 09:03 slm…kan bila kta semak kat lmn sesawang tawaran matriks tu ade benda camni>>>>

    Sila buat pengesahan terima (1) sebelum mencetak dokumen di bawah.
    Bawa SEMUA DOKUMEN pada hari pendaftaran di kolej.
    1. Pengesahan Terima Tawaran
    2. Surat Tawaran
    3. Dokumen Peribadi Pelajar
    4. Surat Perjanjian
    5. Panduan

    >So,soalan sy takpe ke kalau sy tak tekan 1.Pengesahan Terima Tawaran….ada effect ke…kalau sy tak jwb saya terima or tolak twrn tu…??

    1. beliamuda Avatar

      @Nadya, yes, ada. itu untuk rekod anda terima atau tidak. kalau anda tak tekan, maknanya anda tak terima, jadi ada kemungkinan nama anda digugurkan. notis telah pun diberi dalam pemberitahuan tersebut kan.

  8. are fix Avatar
    are fix

    kalau sy dpt matrikulasi slpas wt rayuan…agk2 nye bla kna pg dftr…n saya ni dh dapat PLKN pggl 2…bulan 5 ni dah kna pergi…so,,, apa yg patut sy buat????
    tolong2!!!

    1. beliamuda Avatar

      @are fix, tak yah risau pasal PLKN tu. semua ada penyelesaian. Boleh buat rayuan penangguhan.

  9. abdullah Avatar
    abdullah

    salam…tumpang tnya…btul ker ada org ckp kalu kte tkn no 1 utk confirmkn nama kte akn dipotong utk UPU…???
    tlg jwb : ) tq.

    1. beliamuda Avatar

      @abdullah, saya tak pasti sama ada matrikulasi ada matrik (MOE) ada link ke tak dengan pihak UPU (MOHE).

  10. suraya Avatar
    suraya

    assalamualaikum..tumpang tanya,bila tarikh tutup untuk buat pengesahan terima tawaran matrikulasi sesi 2011???

    1. beliamuda Avatar

      @suraya, waalaikumussalam. maaflah, saya kurang pasti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge