Pelan Xpax Baru (X2) Pada Kadar Murah, Panggilan 28 sen per 10 minit

Salam sejahtera buat semua.

Pelan X2 vs. Telco lain

Sekali dengan pelancaran Celcom Kolony yang dikaitkan dengan gimik promosi mesej infeksi semalam, Celcom turut memperkenalkan pelan baru Xpax (baca: New Xpax) yang juga dipanggil sebagai X2 (nama macam henset Nokia X2. >_<).

Pelan X2 ni boleh digunakan mulai 8 April 2011 sebagai salah satu alternatif baru kepada pelan sedia ada Celcom yang lain seperti Xpax, OUX, SOX, Blue dan Sukses.

Korang boleh tengok perbandingan kadar caj dengan telco lain (DiGi dan Maxis) dalam gambar di atas dan perbandingan pelan X2 dengan pelan Xpax yang terdahulu dalam gambar di bawah.

New Xpax (X2) PlanHalaman Xpax New (X2)

Pasti ada yang teruja dengan kadar caj panggilan 28 sen untuk 10 minit yang dikenakan dalam pelan Xpax New ni. Murah amat la tu berbanding dengan pelan lama.

Tapi saya sedikit skeptikal dengan kadar baru yang dikenakan dan telah melakukan sedikit analisa sebelum membuat keputusan sama ada perlu beralih kepada pelan baru X2 atau tidak (sekarang saya menggunakan pelan UOX).

Analisa tersebut akan saya kongsikan kemudian dalam entri seterusnya. > Analisa Mengenai Pelan Baru Xpax (X2) – Perbandingan

beliamuda: Pasti terdetik niat nak tukar ke pelan baru ni kan?

Comments

37 responses to “Pelan Xpax Baru (X2) Pada Kadar Murah, Panggilan 28 sen per 10 minit”

  1. aPai Avatar

    gila murah . . tapi takkan camtu jek . takde kekurangan ke ?

    tak sabar nak tunggu analisa .

    1. beliamuda Avatar

      @aPai, hehe.. macam ada je. nnt saya kongsi dalam analisa mengenai pelan ni.

  2. serol Avatar

    mesti ada udang di sebali batu kan.. takkan nak bagi murah macam tu je.hehe

    1. beliamuda Avatar

      @serol, wee… ada udang di sebalik mee pun ok la…

  3. aizuddin Avatar

    kita tengok dulu ada udang di sebalik batu ke tak..murah ni..

    1. beliamuda Avatar

      @aizuddin, harap2 xde la. bengang kot kalau ada benda tak best.

  4. Wan Perlis Avatar

    jgn 6 bulan pakai pastu celcom tukaq rate plak

    1. maisarah Avatar

      @Wan Perlis, tu lah…rugi jerk..

    2. beliamuda Avatar

      @Wan Perlis, harap2, bukan cmtu la….

  5. Siti_Sheikh Avatar
    Siti_Sheikh

    murah nyer…huhu

  6. maisarah Avatar

    cmner klu nk tukar plan xpax ke x2 ni? ke kna beli new no??? 🙂
    sy xpkai upax..hohohoh

    1. beliamuda Avatar

      @maisarah, boleh je nak tukar ke plan ni tanpa perlu tukar nombor. saya dah tulis dalam entri terbaru, cuma belum publish.

  7. blackpearl Avatar
    blackpearl

    klau xnk bli????heheheh

    1. beliamuda Avatar

      @blackpearl, klu xnak, x pyah la.. hehe..

      1. blackpearl Avatar
        blackpearl

        @beliamuda, tggu sim kad lme ilang dlu la..lpas 2 bru bli no bru…huhu=p

        1. beliamuda Avatar

          @blackpearl, tak tunggu hilang. tukar telco je, tpi guna num sama.

  8. eyra Avatar

    aku pakai celcom 7 taun da. xpernah ada udang sebalik batu setakat ni. HAHAHA

    1. beliamuda Avatar

      @eyra, huhu.. lega la kalau camtu.

  9. afiq aiman Avatar

    celcom ni selalunya golongan berumur je yg banyak pakai kan. golongan belia ni kebanyakkannya guna maxis. nampak muda sikit hihi

    1. beliamuda Avatar

      @afiq aiman, eh, ramai je yg pakai Celcom kat sini (UTP) sebab UOX dan SOX.

  10. wazy Avatar

    perghhh
    murahnyer

    1. beliamuda Avatar

      @wazy, mmg amat murah bro. sampai sangsi jadinya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge