Analisa dan Perbandingan Pelan Baru Xpax (X2), Berbaloikah Beralih Pelan?

Salam sejahtera buat semua.

(Entri ini sepatutnya disiarkan beberapa hari selepas pelan X2 dilancarkan, namun atas sebab-sebab kesibukan penulis, ianya tertangguh. Cara-cara untuk bertukar ke Pelan X2 tidak dikongsi dalam entri ini. Jika ada kesempatan, saya akan kongsikan dalam tulisan yang lain.)

xpax_logo

Seperti yang diuar-uarkan beberapa hari lalu, Celcom telah memperkenalkan pelan baru Xpax yang dikenali dengan X2. Pasti ramai yang teruja dengan kadar caj panggilan yang sangat murah yang dikenakan iaitu 28 sen bagi setiap 10 minit panggilan, namun pada masa sama pasti timbul perasaan ragu-ragu dengan pelan baru ini.

Sebelum kita pergi lebih lanjut dengan analisa dan perbandingan pelan X2 (baca: New Xpax), jom berkenalan terlebih dahulu dengan pelan Xpax baru ni.

Continue reading

Pelan Xpax Baru (X2) Pada Kadar Murah, Panggilan 28 sen per 10 minit

Salam sejahtera buat semua.

Pelan X2 vs. Telco lain

Sekali dengan pelancaran Celcom Kolony yang dikaitkan dengan gimik promosi mesej infeksi semalam, Celcom turut memperkenalkan pelan baru Xpax (baca: New Xpax) yang juga dipanggil sebagai X2 (nama macam henset Nokia X2. >_<).

Pelan X2 ni boleh digunakan mulai 8 April 2011 sebagai salah satu alternatif baru kepada pelan sedia ada Celcom yang lain seperti Xpax, OUX, SOX, Blue dan Sukses.

Korang boleh tengok perbandingan kadar caj dengan telco lain (DiGi dan Maxis) dalam gambar di atas dan perbandingan pelan X2 dengan pelan Xpax yang terdahulu dalam gambar di bawah.

Continue reading