(Aiman) Kau Yang Selalu Ada: Dedikasi Daripada Seseorang

Salam sejahtera buat semua.

Melodi

Lewat malam yang hening, dikala sibuk dengan urusan akademik, dikala mata yang kian layu dan mengantuk menghadap sebuah buku tebal, tiba-tiba telefon berdering. Deringan yang menandakan adanya sebuah mesej yang baru.

Nama si dia terpapar. Entah apa isinya. Lantas ku buka dan membacanya. Agak panjang. Apabila ku baca dan hayati, terdetik di hati mungkinkah ini petikan daripada lirik lagu. Terus sahaja ku cari dan nyata telahanku tepat.

Mesej panjang yang si dia hantar sebentar tadi adalah petikan daripada lagu yang dinyanyikan oleh Aiman (Akademi Nasyid) yang bertajuk Kau Yang Selalu Ada. Dengarkan lagu tersebut di bawah.

Lagu Kau Yang Selalu Ada (Aiman)

*****

Lirik lagu Kau Yang Selalu Ada oleh Aiman

Ku renung bintang di langit
Terus bersinar
Berkelip bagai degup jantungku
Masih ada

Ku ukir namamu kasih
Di lubuk hatiku
Kerna cintaku ini
Untukmu selamanya

Nafas yang tercipta
Ataupun terbuka
Kasihmu ku ada
Mengenal erti cinta

Ku tulis coretan ini
Dalam kerinduan
Buat dirimu yang selalu ada
Di ingatan

*Korus
Diriku ada untuk seketika
Cinta ini takkan pernah
Ada yang lain
Dirimu ada untuk selamanya
Ku akui di hatiku
Kau yang selalu ada
oh..oh..oh..

Ku renung bintang di langit
Terus bersinar

Ulang Korus (2X)

Kau yang selalu ada…

*****

Lagu Kau Yang Selalu Ada adalah sebuah lagu yang dinyanyikan oleh Aiman atau nama penuhnya Mohamad Aiman Bin Md Sidek, dilahirkan pada 14 Oktober 1989 dan ini bermakna Aiman ni sebaya sahaja dengan saya.  Boleh rujuk lebih lanjut mengenai Aiman di laman blognya.

Mode: Sibuk dengan urusan akademik

beliamuda: Sibuk itu akan menelan banyak masa yang kita ada. Cuba untuk laksanakan tugasan mengikut ketetapan dan kepentingan. Semua orang tetap ada 24 jam, tidak lebih dan tidak kurang.

4 thoughts on “(Aiman) Kau Yang Selalu Ada: Dedikasi Daripada Seseorang

    • @ansue!, how to describe eh? hmm, mudahnya lagu ini pada saya menggambarkan penghargaan terhadap seseorang yang sentiasa ada untuk diri kita tidak kira dalam apa jua keadaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge