Tag: kota bharu

  • Kembara 1000KM!

    Salam sejahtera buat semua.

    Jupo di KB deh!

    Hari Jumaat sehingga Selasa yang lalu merupakan hari-hari yang sangat memenatkan, namun ianya merupakan kembara perjalanan yang dinanti.

    Kembara bermula dengan penerbangan pulang daripada Singapura terus ke Kota Bharu pada hari Jumaat yang kemudiannya disambung dengan perjalanan ke UTP di Bandar Seri Iskandar, Perak pada keesokan harinya untuk menghadiri Majlis Konvokesyen ke-12 Universiti Teknologi PETRONAS. Urusan di UTP selesai pada hari Isnin dan perjalanan disambung dengan destinasi dituju adalah Puchong. Kembara berakhir pada hari Selasa apabila saya tiba semula di Singapura.

    (more…)

  • Ketibaan Antarabangsa Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra

    Salam sejahtera buat semua.

    Ketibaan antarabangsa Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra

    Antara persoalan utama yang timbul apabila Firefly menawarkan perkhidmatan penerbangan terus Kota Bharu – Singapura ialah berkenaan dengan kewujudan fasiliti kastam dan imigresen.

    Jika dibandingkan dengan kemudahan yang wujud pada lapangan terbang antarabangsa, penerbangan domestik dan antarabangsa diasingkan kerana keperluan untuk pemeriksaan kastam dan imigresen.

    (more…)