Tag: PIKOM

  • Pertemuan Rahsia di Kuala Lumpur

    Salam sejahtera buat semua.

    It's Saturday morning and I'm at Masjid Jamek!

    Hujung minggu kali ini terisi juga dengan beberapa aktiviti utama yang dirancang mencapai objektifnya. Agenda hujung minggu lalu ialah pertemuan tiga orang rakan untuk membincangkan mengenai idea yang disarankan oleh salah seorang daripada mereka yang berada di Pulau Pinang.

    Jemputan dibuat kepada beliau untuk bertemu serampang dua mata dengan rakan-rakan yang lain di Kuala Lumpur. Kebetulan dengan PIKOM PC Fair yang berlangsung di Kuala Lumpur Convention Center (KLCC), pertemuan di Suria KLCC menjadi pilihan. Perbincangan penting dan perancangan berkaitan diadakan di sana dalam keadaan santai.

    (more…)

  • Jadual PIKOM PC Fair 2011 Edisi Kedua

    Salam sejahtera buat semua.

    Banner PIKOM PC Fair II 2011

    Seperti yang diperkatakan sebelum ini dalam jadual edisi pertama PIKOM PC Fair 2011 yang telahpun berakhir semalam di lokasi Stadium Indera Mulia, Ipoh sehari selepas di Kelantan Trade Center, Kota Bharu. Saya sempat mengunjungi PC Fair di KTC dan walaupun ke Ipoh semalam, saya tidak sempat singgah di Stadium Indera Mulia.

    Nampaknya edisi kedua PIKOM PC Fair 2011 akan bermula pada hujung minggu ini walaupun sebelum ini diperkatakan ianya akan bermula dalam bulan Jun. Lebih awal lebih bagus.

    Rujuk jadual di bawah untuk PIKOM PC Fair 2011 edisi pertama. Anda boleh juga masuk ke portal PIKOM PC Fair 2011.

    (more…)