Salam Perkenalan Pertama

Salam sejahtera buat semua.

Kenangan Nokia 6233

Detik 6 Ogos yang berlalu pergi dengan titik hitam dalam hidup, iaitu terlibat dalam kemalangan motorsikal kemudiannya dihiasi dengan sebuah salam perkenalan daripada seseorang yang tidak dikenali.

Sedang leka berbaring di atas katil sambil menanggung sakit di badan yang masih menyengat, mata dirasakan malas untuk dibuka. Suasana sepi pagi Sabtu yang menyebabkan masing-masing bermalas-malasan sahaja untuk mengisi hujung minggu yang bosan.

Continue reading

(Aiman) Kau Yang Selalu Ada: Dedikasi Daripada Seseorang

Salam sejahtera buat semua.

Melodi

Lewat malam yang hening, dikala sibuk dengan urusan akademik, dikala mata yang kian layu dan mengantuk menghadap sebuah buku tebal, tiba-tiba telefon berdering. Deringan yang menandakan adanya sebuah mesej yang baru.

Nama si dia terpapar. Entah apa isinya. Lantas ku buka dan membacanya. Agak panjang. Apabila ku baca dan hayati, terdetik di hati mungkinkah ini petikan daripada lirik lagu. Terus sahaja ku cari dan nyata telahanku tepat.

Mesej panjang yang si dia hantar sebentar tadi adalah petikan daripada lagu yang dinyanyikan oleh Aiman (Akademi Nasyid) yang bertajuk Kau Yang Selalu Ada. Dengarkan lagu tersebut di bawah.

Continue reading

Ya Allah, Aku Jatuh Cinta

Salam sejahtera buat semua.

Buku Ya Allah Aku, Jatuh Cinta

Buku ‘Ya Allah, Aku Jatuh Cinta’; mengelola cinta tanpa diselubungi dosa adalah sebuah buku hasil tulisan Burhan Sodiq, seorang penulis muda daripada Indonesia. Buku ini dipinjamkan oleh Nur Atini kepada saya semalam. Kesian dia terpaksa menghabiskan pembacaan buku ni cepat-cepat.

Continue reading