Pameran Kereta Klasik di UTP

Salam sejahtera buat semua.

Keindahan pagi Ahad yang permai ni membawa sedikit semangat untuk terus teguh melakukan kerja dan tidak lena sebaik sahaja bangun awal pagi. Mungkin sebab tidur yang lena semalam setelah penat bermain bola keranjang setelah sekian lama.

Dengan mood yang baik, rumet diajak untuk bersarapan. Sekadar bersarapan di café V1 (Pak Ali), menjamam roti canai di sana yang juga dah lama tidak dirasai lidah. Kebetulan masa lalu di V4, terpandang ke kawasan parkir (tapak pesta konvo) yang agak lengang, tetapi menarik perhatian aku untuk memandang lebih jauh. Mata terpaut pada sekumpulan kereta yang diletak agak jauh.

Kereta Klasik di UTP

Ok, gambar di atas adalah sekumpulan kereta yang dimaksudkan. Entah siapa yang letak kat sini. Nombor plat kereta pun dah takde. Memang di UTP ni, ada je orang (baca: pelajar) yang tinggal kereta klasik macam ni. Biasanya dah rosak dan tidak berfungsi lagi.

Adakah kereta ini akan terus dilonggok di sini untuk pameran kereta klasik? Nak tunggu Pesta Konvo 2011 memang tiada rasanya. Ya, dengar katanya Pesta Konvo tidak diadakan pada tahun ni sebab jatuh dalam musim cuti sem, tapi batch aku ada je di UTP masa tu, utnuk menghabiskan semester terakhir di UTP sebelum graduasi.

beliamuda: Selamat ulang tahun ke-4 untuk Nuffnang daripada seorang ahli biasa. 🙂

Comments

18 responses to “Pameran Kereta Klasik di UTP”

  1. wazy Avatar

    ni kes kereta lama ditinggalkan
    takpun rosak

    1. beliamuda Avatar

      @wazy, a’ah, rasanya macam tu la. memang dulu dah keluar notis kepada pemilik. rasanya ni yang tak dituntut la kot.

  2. Pisyek Avatar

    aku dah tahu dah ni, ini musti kereta foreigner… hahaha…

    ko grad bile napi?

    1. beliamuda Avatar

      @Pisyek, it’s nipi. >_<

      bukan semua kereta foreigner kot. rasanya ada jugak yang budak2 local punya.

      aku maybe grad Jan 2012.

      1. yangbaik Avatar

        @beliamuda,
        selamat bergraduasi… dah tak lama lagi dah…good luck

        1. beliamuda Avatar

          @yangbaik, hehe. memang dah tak lama, tapi skg sibuk je manjang…

  3. jackieKOH Avatar

    haha..ada ke?? malas lak nak g tgok even kat depan je pun.. haha

    1. beliamuda Avatar

      @jackieKOH, aku bru perasan hari ni. sebelum ni tak pernah nampak pun.

  4. eyra Avatar

    ada eh? malas pi jenguk. ahad adalah masa untuk bertapa di bilik ahhaa

    1. beliamuda Avatar

      @eyra, haha. tak mau hari ni, esok pun boleh. memang dah tersadai kat situ rasanya. 😛

      1. eyra Avatar

        @beliamuda, esok2 aku jenguk hahaha

  5. Farid Avatar

    siyesli takda convofair tahun ni?

    1. beliamuda Avatar

      @Farid, dengar daripada orang2 yang berada di atas, katanya takde. -_-“

  6. penaberkala Avatar

    koleksi berharga kot,hahaha
    bukak galeri la so, tempat kumpul brg2 antik gitu
    baru ada class

    1. beliamuda Avatar

      @penaberkala, boleh jah. kita claim kete tu, pastu wat gitu. hikhik.

  7. yangbaik Avatar

    weh!… memang klasik sungguh2 dah tu park pun tak berapa nak betul. hehehe ingatkan tadi betul2 punya keter klasik… ingat nak pi tengok ler… 🙂

    1. beliamuda Avatar

      @yangbaik, haha. dia orang cam dump kete tu kat situ sebelum dispose kot.

  8. izat Avatar
    izat

    WAH WISH U DA BEZ!DA NK GRAD RUPENYE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge