Pameran Kereta Klasik di UTP

Salam sejahtera buat semua.

Keindahan pagi Ahad yang permai ni membawa sedikit semangat untuk terus teguh melakukan kerja dan tidak lena sebaik sahaja bangun awal pagi. Mungkin sebab tidur yang lena semalam setelah penat bermain bola keranjang setelah sekian lama.

Dengan mood yang baik, rumet diajak untuk bersarapan. Sekadar bersarapan di café V1 (Pak Ali), menjamam roti canai di sana yang juga dah lama tidak dirasai lidah. Kebetulan masa lalu di V4, terpandang ke kawasan parkir (tapak pesta konvo) yang agak lengang, tetapi menarik perhatian aku untuk memandang lebih jauh. Mata terpaut pada sekumpulan kereta yang diletak agak jauh.

Continue reading