Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan ke SBP Tingkatan 4 Sesi 2011

Salam sejahtera buat semua.

Seperti yang dijangkakan sebelum ini, semakan bagi keputusan kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Tingkatan 4 bagi sesi 2011 telah boleh dibuat secara dalam talian.

Semakan keputusan kemasukan ke SBP Tingkatan 4 telah boleh dibuat mulai hari ini, 18 Januari 2011.

Semakan Keputusan Permohonan ke SBP Tingkatan 4

Semakan permohonan ke Tingkatan 4 SBP tahun 2011 boleh dibuat dengan menggunakan angka giliran PMR atau nombor MyKad pemohon.

Pautan untuk membuat semakan keputusan permohonan ke Tingkatan 4 SBP sesi 2011 adalah di Aplikasi Semakan Dalam Talian Semakan Tawaran Ke Tingkatan 4 SBP Sesi 2011.

 

e-Rayuan Kemasukan ke SBP Tingkatan 4

Bagi yang tidak berjaya mendapat tawaran, mereka boleh membuat rayuan secara dalam talian.

Pautan untuk membuat rayuan kemasukan ke Tingkatan 4 SBP 2011 adalah di Sistem e-Rayuan Atas Talian Ke SBP Tingkatan 4 Sesi 2011.

Keputusan rayuan tertakluk kepada kekosongan tempat yang ada setelah proses pendaftaran pelajar yang menerima tawaran.

Keputusan pengambilan kedua SBP Tingkatan 4 ini biasanya akan diumumkan pada minggu terakhir bulan Februari.

 

Kemasukan Pelajar Baru ke SBP Tingkatan 4

Pelajar yang berjaya mendapat tawaran kemasukan ke Tingkatan 4 SBP ini perlu membuat pendaftaran di sekolah yang berkenaan pada 7 Februari 2011.

 

Maklumat Tambahan dan Rujukan

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, Aras 3, Blok 2251, Jalan Usahawan 1, 63000 Cyberjaya, Selangor Darul Ehsan atau telefon 03 8321 7400 atau faks 03 8321 7403/ 7402.

Pertanyaan boleh juga dibuat melalui Talian Khidmat Pelanggan KPM di 03 7723 7070 atau emel kpkpm@moe.gov.my.

beliamuda: Tahniah kepada adik-adik pelajar yang berjaya mendapat tempat ke Tingkatan 4 SBP untuk sesi 2011. Bagi yang berjaya ke SM Sains Alam Shah, selamat bertemu dengan adik saya di sana (senior korang). ^_^

51 thoughts on “Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan ke SBP Tingkatan 4 Sesi 2011

  1. aku dpt SM Sains Tuanku Syed Putra…tp sklht tuhh agk mundur sedikit…bilangn yg mendapat straight A trlalu sedikit…but pmr punya keputusan adlh terbaik…tak tau nak g ke tidak aku org JB..dpt kat perlis…whoohaa…jaohnyer..any ideas…??

  2. Hadirin sekalian…beta xdapat!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!huahuahua

  3. Saya merupakan salah seorang pelajar yang cemerlang 8A dalam PMR serta peperiksaan percubaan PMR.
    Saya tidak memohon ke sbp atas faktor pelajar yang mendapat tawaran ke sbp tidak akan mendapat tawaran ke MRSM. Hal ini kerana piihan pertama saya adalah MRSM.
    Bolehkah saya ingin memohon ke sbp sekrang?

    • @SHAFA, alhamdulillah kawan anak mk njang 3 org ke situ dp smka nt,penang.tahniah…cuma mk njang masih belum dpt klu @petunjuk….adakah melepaskan anak ke smsas…anak cenderung sc agama…..

  4. sye dpt 8 a tpi sye t dpt twrn…. kwn sye dpt 7 a ngan 6 a tpi dpt twrn… knape jdi mcm 2???? sye x phm la….

    • @milo, Cikgu i cakap its depend on result , status sosial ekonomi and you koko stuff . I pun tak dapattt -,-

  5. wak sedih benor kena anak den tak dapat msk ke dua-dua tempat sbp dgn mrsm.sya pon tak tau mcm na pemilihan di buat orang yang dapatg 7 a street pon tak dapat di pilih.yg kurang daripada tu dpt pula,,sya rsa anak sya cukup memenuhi syarat.sya pon tak tau apa yg kurang semua kegiatan pon da ikut.kata org ada sistem kroni dan pilih kasih betul ke? klu cm tu wak tak buli nak kato la…nampok gayanyo tetap tercicir la org kpg mcm sya ni…minta tolong la ………

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge