Salam Tahun Baru Hijrah 1432H

Salam sejahtera buat semua.

Salam Maal Hijrah

Dalam tidak sedar, kita telah melangkah meninggalkan tahun 1431H. Awalnya saya ingatkan Awal Muharam akan jatuh pada hari Rabu. Tetapi sebaik sahaja buka blog petang tadi (sekitar pukul 6) tiba-tiba je ada masalah akses – Error 503; kemungkinan diakibatkan oleh cubaan sambungan yang banyak tidak seperti kebiasaan.

Barulah saya sedar hari ini merupakan hari terakhir tahun 1431H. Masalah akses blog tersebut disebabkan oleh peningkatan akses untuk entri bacaan doa akhir dan awal tahun. Memang telah berlaku peningkatan sejak beberapa hari lalu, namun peningkatan mendadak bermakna waktu itu kita telah berada di ambang akhir dan awal tahun Hijrah.

Kebetulan pautan entri bacaan doa tersebut turut dikongsikan oleh Ustaz Zahazan dalam Fanpage Facebook beliau yang turut menggalakkan lagi perkongsian pautan entri tersebut dalam laman Facebook oleh pengguna lain.

Akhir kata untuk tulisan kali ini, Salam Maal Hijrah 1432H buat semua rakan-rakan dan pembaca yang beragama Islam.

beliamuda: Esok tetap kerja seperti biasa. Tekanan makin dirasa…

Comments

5 responses to “Salam Tahun Baru Hijrah 1432H”

  1. Maya Avatar

    Salam maal hijrah buat anda juga…:)

  2. A.Qadir Avatar

    Salam Maal Hijrah untuk semua disini dari saya di Al-Hikmah. Semuga Allah SWT merahmati kita semua. Amin.

  3. serol Avatar

    salam maal hijrah juga =)

  4. eyda Avatar
    eyda

    Salam Ma’al Hijrah buat semua ya.
    Blogwalking, terjumpa blog ni.
    Smoga dizinkan saya copy mana-mana info
    untuk kongsi dengan teman2 di laman yang lain. ya.
    Salam ukhwah fillah

  5. mosyar Avatar

    slmt tahun baru hijrah bro. semoga amal2 ibadat dipertingkatkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge