Salam Tahun Baru Hijrah 1432H

Salam sejahtera buat semua.

Salam Maal Hijrah

Dalam tidak sedar, kita telah melangkah meninggalkan tahun 1431H. Awalnya saya ingatkan Awal Muharam akan jatuh pada hari Rabu. Tetapi sebaik sahaja buka blog petang tadi (sekitar pukul 6) tiba-tiba je ada masalah akses – Error 503; kemungkinan diakibatkan oleh cubaan sambungan yang banyak tidak seperti kebiasaan.

Barulah saya sedar hari ini merupakan hari terakhir tahun 1431H. Masalah akses blog tersebut disebabkan oleh peningkatan akses untuk entri bacaan doa akhir dan awal tahun. Memang telah berlaku peningkatan sejak beberapa hari lalu, namun peningkatan mendadak bermakna waktu itu kita telah berada di ambang akhir dan awal tahun Hijrah.

Continue reading

Tokoh Maal Hijrah 1431

Salam sejahtera buat semua.

Bersempena dengan sambutan Maah Hijrah 1431, seperti tahun-tahun sebelumnya, dua orang tokoh telah dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah 1431. Dengan tema Maal Hijrah pada tahun ini iaitu ‘Memantap Ukhuwwah, Memperkasa Ummah’ dua tokoh tersebut dipilih untuk anugerah peringkat antarabangsa dan peringkat kebangsaan.

Yusuf Qaradawi

Foto BERNAMA

Continue reading