Lagu Sambutan Maal Hijrah

Salam sejahtera buat semua.

Setiap kali tibanya tahun baru Hijrah, pastinya ada sambutan Maal Hijrah yang diraikan di negara kita. Dalam majlis sambutan Maal Hijrah setiap tahun, pasti adanya tema Maal Hijrah yang menjadi penghias slogan dan ada individu yang dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah. Cuba teka, apakah tema Maal Hijrah 1432H?

Sambil mencari jawapan untuk tema Maal Hijrah tahun ini, apa kata kita dengar dan hayati dulu lagu (nasyid) yang biasa menjadi lagu tema setiap kali sambutan Maal Hijrah iaitu lagu 1 Muharram oleh Al-Ajiba dan satu lagi lagu oleh Nadamurni II yang bertajuk Maal Hijrah.

Continue reading

Salam Tahun Baru Hijrah 1432H

Salam sejahtera buat semua.

Salam Maal Hijrah

Dalam tidak sedar, kita telah melangkah meninggalkan tahun 1431H. Awalnya saya ingatkan Awal Muharam akan jatuh pada hari Rabu. Tetapi sebaik sahaja buka blog petang tadi (sekitar pukul 6) tiba-tiba je ada masalah akses – Error 503; kemungkinan diakibatkan oleh cubaan sambungan yang banyak tidak seperti kebiasaan.

Barulah saya sedar hari ini merupakan hari terakhir tahun 1431H. Masalah akses blog tersebut disebabkan oleh peningkatan akses untuk entri bacaan doa akhir dan awal tahun. Memang telah berlaku peningkatan sejak beberapa hari lalu, namun peningkatan mendadak bermakna waktu itu kita telah berada di ambang akhir dan awal tahun Hijrah.

Continue reading