Tarikh Pengumuman Keputusan UPSR 2010

Salam sejahtera buat semua.

keputusan upsr 2010

Jika sebelum ini saya ada berteka-teki dengan pembaca (adik-adik pelajar Darjah 6 khususnya) tentang tarikh pengumuman keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2010, hari ini telah diumumkan bilakah tarikh keputusan UPSR 2010.

Keputusan UPSR 2010 dijangka akan diumumkan pada 11 November 2010, iaitu pada hari Khamis minggu depan. Keputusan UPSR 2010 diumumkan awal seminggu sebelum cuti sekolah bermula mungkin kerana sebab-sebab yang telah saya nyatakan dalam entri “Bilakah tarikh keputusan UPSR 2010?”.

Tarikh pengumuman keputusan UPSR tahun ini diberitahu dalam satu kenyataan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM). Semua calon boleh mendapatkan keputusan UPSR di sekolah masing-masing selepas jam 10 pagi.

Pada tahun ini, seramai 494,493 calon telah menduduki UPSR di 8,192 pusat pemeriksaan di seluruh negara.

beliamuda: Selepas UPSR, adik-adik darjah enam tahun ni masih sempat lagi dengan PMR pada tahun 2013. PMR bakal dimansuh mulai 2016.

Comments

14 responses to “Tarikh Pengumuman Keputusan UPSR 2010”

  1. amalina binti anuar Avatar

    moga mendpt keputusan yg cemerlang kepada candidate upsr

  2. afiqaiman Avatar

    mesti berdebar ye adik2 kita ni…

    1. beliamuda Avatar

      @afiqaiman, sudah semestinya.

  3. puteri Avatar

    tak00tnye…..luse keputusan UPSR NK KELUAR….berdebar aw rse…harap2 dpt keputusan YANG BAIK!…AMIN…

    1. beliamuda Avatar

      @puteri, amin.

  4. anis Avatar
    anis

    i hope all my friend get 5a n me….

    1. beliamuda Avatar

      @anis, i hope that too~ 🙂

  5. mama jam Avatar
    mama jam

    Moga2 anak-anak semua mendapat keputusan yang baik dalam UPSR…Terutama anakku…hakimi …

  6. Azhari Avatar
    Azhari

    Bukan setakat anak yang berdebar….emak dan ayah pun berdebar, maklumlah anak sulung…harapan dan doa agar anakku Hafiq Adlie mendapat keputusan yang cemerlang.

  7. you Avatar

    mx tolong camna nak semak keputusan on9 mlm ni??

  8. en_me Avatar

    arini kann..

  9. penaberkala Avatar

    uish, result kul 10 jap lg
    zaman kita dulu2, 1A rm10,haha
    agak-agak zmn skang camne?

  10. […] 2011 telah diumukan pada 17 November 2011 (hari Khamis terakhir persekolahan tahun 2011), manakala keputusan UPSR 2010 telah diumumkan pada 11 November 2010 (hari Khamis kedua terakhir persekolahan tahun 2010). Tarikh […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge