Surat Daripada Universiti Teknologi PETRONAS (UTP)

Salam sejahtera buat semua.

surat-utp

Awal minggu ni, ada dapat emel daripada pihak pengurusan UTP (lebih tepat lagi bahagian kewangan) sebab ada surat yang perlu disampaikan kepada saya.

Surat ini ditujukan khas kepada pelajar di bawah tajaan MARA yang sedang berpraktikal sebab ada sekeping invois yang perlu ditandatangani. Invois yang memang tiap-tiap semester perlu disain. Mahal tau harga sekeping invois ni. Dalam RM5k++.

Mengikut telahan saya, dalam masa dua bulan lagi akan ada golongan pelajar-pelajar Tingkatan 5 yang akan ternanti-nanti surat tawaran daripada UTP. Harap-harap urusan mereka dipermudahkan. Jangan ada berita yang tak sedap didengar seperti awal tahun ni. ­čśŤ

beliamuda: Semua baik-baik sahaja kan kat UTP sekarang ni? Gelora sungguh dengan perubahan akademik kalendar kepada trisem niÔÇŽ

23 thoughts on “Surat Daripada Universiti Teknologi PETRONAS (UTP)

    • @eyra, tak2, ni mengenai kes2 pelajar final year dan bakal final year. ada kes berkaitan akreditasi IR (pro engineer) tak mengambil kira praktikal sebagai sem akademik. syarat min untuk mohon IR kena ada 8 sem acad, sedangkan kalau tanpa intern, kami cuma ada 7 sem.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge