Salam sejahtera buat semua.
Hari ini, dua Pilihan Raya Kecil (PRK) berjalan serentak di dua kawasan berbeza. Satu Pilihan Raya Kecil peringkat Dewan Undagan Negeri (DUN) di DUN Galas, Gua Musang, Kelantan dan Pilihan Raya Kecil peringkat Parlimen di Parlimen Batu Sapi, Sabah.
Info Pilihan Raya Kecil DUN Galas:
PRK DUN N.45 Galas diadakan berikutan kematian penyandangnya iaitu Y.B Encik Chek Hashim Bin Sulaima pada 27 September 2010.
Daftar Pemilih yang digunakan ialah Daftar Pemilih Induk (DPI) yang telah dikemaskini sehingga 27 September 2010. Pecahan daftar pemilih di DUN Galas adalah seperti berikut:
Jumlah pemilih berdaftar: 11,553 orang
Jumlah pemilih biasa: 11,426 orang
Jumlah pemilih pos: 127 orang
Sumber: Laman Web SPR
Lagi fakta dan info PRK DUN Galas.
*****
Pengiraan Undi Semasa dan Terkini Pilihanraya Kecil Galas
6:20 Petang: BN mendahului dengan 74 majoriti
6:50 Petang: PAS – 1,158 BN – 1,254
7:10Petang: PAS – 2,348 BN – 3,258
7:40Petang: BN berpeluang merampas kerusi DUN Galas.
8:00Petang: PAS – 4,108 BN – 5,177
8:45 Petang: PAS – 4,143 BN – 5,324 (BN menang dengan majoriti 1,190) [RASMI]
No. | Nama | Parti | Jumlah Undi Semasa |
---|---|---|---|
1 | Dr. Zulkefli Mohamad | Parti Islam Se-Malaysia (PAS) | 4,143 |
2 | Abdul Aziz Yusoff | Barisan Nasional | 5,324 |
Sumber: Twitter mkini_bm
*****
Keputusan Rasmi Pilihan Raya Kecil DUN Galas (N45)
Keputusan rasmi PRK DUN Galas telah diumumkan sebentar tadi dan diumumkan bahawa calon BN, Abdul Aziz Yusoff telah memenangi kerusi Galas dengan majoriti 1,190.
PAS – 4,143 || BN – 5,324
*****
beliamuda: Tahniah kepada YB Abdul Aziz Yusoff. Selamat menjalankan tugas sebagai ADUN Galas.
An outstanding share! I’ve just forwarded this onto a
colleague who was conducting a little homework on this.
And he in fact bought me lunch due to the fact that I found it for him…
lol. So let me reword this…. Thank YOU for the meal!!
But yeah, thanx for spending some time to discuss this matter here on your website.
mahabet.co´s last blog about ..mahabet.co