Nokia N8 Mula Dijual Di Malaysia

Salam sejahtera buat semua.

nokia_n8_silver

Jika sebelum ini Nokia membuka tempahan untuk telefon bimbit pintar (hp) terbaru keluaran mereka iaitu N8, kini ianya telah mula dijual dalam pasaran di Malaysia.

Nokia N8 dilengkapi dengan kamera 12-megapixel yang menggunakan lensa optik Carl-Zeiss dan flash Xenon. Banyak lagi fungsi-fungsi lain yang melengkapi telefon pintar ini seperti rakaman gambar dan video pada kualiti HD, menonton rancangan TV seperti CNN, E! Entertainment, Paramount dan National Geographic serta rancangan TV tempatan seperti 8TV dan TV3 Catch-Up, juga dilengkapi Ovi Maps dan pelbagai lagi aplikasi dan wiget daripada Ovi Store.

Dilengkapi dengan fungsi yang tercanggih, memori kad 16GB (boleh ditingkatkan kepada 32GB), paparan HD dan skrin sesentuh yang lebih berfungsi, agaknya berapa harga Nokia N8 yang dicadangkan oleh Nokia untuk pasaran Malaysia?

Ianya RM1690. Agak murah juga jika merujuk kepada spesifikasi Nokia N8. Maxis pula ada menawarkan Nokia N8 pada harga serendah RM999.

Kalau nak tahu lebih lanjut mengenai Nokia N8, anda boleh merujuk pada laman khas Nokia N8.

beliamuda: Tadi dapat guna Nokia C6-00 jap. Agak menarik juga dengan kamera 5MP berserta autofokus, skrin sesentuh dan papan kekunci QWERTY penuh. Nokia C6-01 nanti akan dilengkapi dengan kamera 8MP.

Comments

23 responses to “Nokia N8 Mula Dijual Di Malaysia”

  1. ikin Avatar

    oh, cunnya N8!
    Well, N=Norashikin… incik, blanja saya N8, barang sebijik N8 pun jadilahh.. * grin *

    1. beliamuda Avatar

      @ikin, replika boleh la kot… 😛

      1. ikin Avatar

        @beliamuda, kdekut =.=”

        1. beliamuda Avatar

          @ikin, zzz… -_-“

  2. denaihati Avatar

    nak juga aku explore N8 ni

    1. beliamuda Avatar

      @denaihati, sama la. nak juga explore N8 ni.

  3. Jasmine Avatar

    Nokia N8 looks cool and nice eh. RM999, that’s not too expensive, right?!

    1. beliamuda Avatar

      @Jasmine, well, that’s for contract with Maxis. Need to refer them for that. Btw, price for N8 still affordable compared to function it’s offered.

  4. […] Satu lagi telefon bimbit pintar daripada Nokia baru sahaja dilepaskan kepada umum iaitu Nokia C3. Nokia C3 (seperti model lain dalam siri C) adalah khusus untuk pengguna yang aktif dalam rangkaian sosial. Nokia N8 juga sudah ada dalam pasaran Malaysia. […]

  5. Amir Said Avatar

    mcm menarik je phone ni…

    1. beliamuda Avatar

      @Amir Said, hp tercanggih daripada Nokia buat masa ni.

  6. izulman Avatar

    Dengar kata N8 ni nak lawan Iphone4. Kite tgoklah boleh lawan ke tk, or what Iphone 5 would be

    1. beliamuda Avatar

      @izulman, yup, lebih kurang camtu la. tapi kadang2 rasa cam overpriced lak iphone 4 tu.

      1. izulman Avatar

        @beliamuda, yg ni berape harga? Ive got my Iphone 4 beli mase release kt Sydney LOL. Ok gk la, same harge dgn laptop haha

        1. beliamuda Avatar

          @izulman, N8 ditawarkan pada harga RM1690.

          1. izulman Avatar

            @beliamuda, oh murah! thanks for the info, bosan2x angkat la ni pulak hahaha

  7. Pisyek Avatar

    aku teringin nak pakai Galaxy S. xde orang nak belanje ke? hehe…

    1. beliamuda Avatar

      @Pisyek, belanja diri sendiri la…

  8. mulia Avatar
    mulia

    jual pasaran kat mane ??? teringin nak pakai juga, hrga c601 atau n8………

  9. lil Avatar
    lil

    hampeh!! aku sudah kena tipu beli N8 di R&R Dengkil…rupanya set tiruan seludup dari China nasib baik cuma bayar rm260 je…

  10. rion Avatar
    rion

    sye nak jual Nokia C6-00,
    waranty Nokia 10 bulan,
    complete,

    serius..
    siapa nak beli sila call sye:
    0164649570

    (Harga: Nego)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge