Final Piala Malaysia 2010: Kelantan VS Negeri Sembilan

Salam sejahtera buat semua.

Final Piala Malaysia Kelantan vs Negeri Sembilan

Malam ini kita akan dapat menyaksikan perlawanan akhir bola sepak Piala Malaysia 2010 antara Kelantan dengan Negeri Sembilan di Stadium Bukit Jalil. Tanggal 30 Oktober 2010 akan menyaksikan sama ada Kelantan mampu merampas takhta Piala Malaysia atau Negeri Sembilan mempertahankannya untuk tahun yang kedua berturut-turut.

Jika ditanya kepada saya, sudah pastinya saya mahukan Kelantan memenangi Final Piala Malaysia 2010. Anda pula bagaimana?

Ramai mengatakan perlawanan akhir ini sebagai ulangan kepada perlawanan pada tahun lalu. Ulangan? Bukan, jika ulangan sudah pastinya Kelantan yang bakal kalah. Perlawanan ini adalah pertemuan seterusnya antara Kelantan – Negeri Sembilan yang akan menyaksikan Kelantan membalas kembali kekalahan musim lalu.

Buat penyokong fanatik Kelantan yang pastinya akan berada di Stadium Bukit Jalil pada malam ini, jagalah tata tertib dan adab. Dengarlah pesanan Tok Guru dalam rakaman audio semasa ditemubual oleh DJ Hot FM.

Semasa perlawanan separuh akhir antara Kelantan – Kedah tempoh hari, rakan-rakan di Kulim bersemangat ke Stadium Darul Aman di Alor Star semata-mata untuk memberi sokongan. Mereka pergi bersama penyokong pasukan Kedah. Maklumlah, tak tahu jalan ke sana. Tapi tiada pun insiden yang tidak elok atau perbalahan terjadi antara mereka.

Malam ini, seorang rakan dari Kulim turun ke Stadium Bukit Jalil sebagai tanda sokongan. Apapun, semoga Kelantan menang malam ini.

beliamuda: Hanya mampu menonton dari kaca TV sahaja…

Comments

9 responses to “Final Piala Malaysia 2010: Kelantan VS Negeri Sembilan”

  1. Wan Perlis Avatar

    hobeng jang hobeng
    gomo kelate gomo

    1. beliamuda Avatar

      @Wan Perlis, gomo kelate gomo!

  2. mama tisya Avatar

    gomo klate gomo:)

    1. beliamuda Avatar

      @mama tisya, dan Kelantan menang!

  3. supel Avatar
    supel

    N9..hahaha
    😀

    1. beliamuda Avatar

      @supel, Kelantan menang!

  4. pakdolah Avatar
    pakdolah

    geng budu menang juga tahni ah

  5. arif Avatar
    arif

    mu buat npa kalau mu rebut aku pun nok rebut

    1. beliamuda Avatar

      @arif, rebut npe plok?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge