Salam sejahtera buat semua.

Perlawanan akhir Piala Malaysia 2010 antara Kelantan dan Negeri Sembilan sudah habis separuh masa pertama. Kelantan ketinggalan satu gol disebabkan sepakan penalti yang diambil oleh Shahurain sekitar minit-13.
Penalti dianugerahkan kepada Negeri Sembilan disebabkan oleh kekasaran yang dilakukan oleh penjaga gol Kelantan di dalam kotak penalti. Penalti pertama Negeri Sembilan dibatalkan, namun sepakan penalti kedua juga berjaya menembusi gawang Kelantan.
Setakat ni kelihatannya permainan Negeri Sembilan jauh lebih kemas, namun Kelantan dilihat semakin mengasak semasa perlawanan menghampiri wisel penamat separuh masa pertama. Apapun, nantikan permainan di separuh masa kedua. Gomo Kelate Gomo!
Keputusan Separuh Masa Pertama: Kelantan 0 – Negeri Sembilan 1
*****
Keputusan penuh Piala Malaysia 2010: Kelantan 2 – Negeri Sembilan 1
Berlalu sudah perlawanan akhir Piala Malaysia 2010 antara Kelantan dan Negeri Sembilan sebentar tadi. Para peminat pasukan Kelantan pastinya bersorak gembira dengan kemenangan pada pusingan Final Piala Malaysia kali ini.
Pada Final Piala Malaysia tahun lalu, Negeri Sembilan telah menumpaskan Kelantan dengan gol 3 – 1, namun hari ini pasukan Kelantan berjaya menidakkan banyak ramalan awal yang berpihak kepada Negeri Sembilan.
Kelantan berjaya mengalahkan Negeri Sembilan dengan gol 2 – 1. Kemenangan ini sangat bermakna apabila Piala Malaysia buat pertama kalinya dalam sejarah berjaya dibawa pulang oleh Kelantan sebagai pasukan ke-14 mengjulang Piala Malaysia.
Dua gol Kelantan hadir pada minit-56 (Hairuddin Omar) dan minit-64 (Badri Radzi).
Kelantan pernah sampai ke pusingan akhir Piala Malaysia sebanyak dua kali iaitu pada tahun 1970 dan 2009, namun kalah di tangan lawan masing-masing iaitu Perak dan Negeri Sembilan.
beliamuda: Masih lagi terkilan denga sikap penyokong Kelantan yang membaling botol ke dalam kawasan padang dan membakar mercun.
Leave a Reply