Category: Sukan

  • Senarai Pemenang Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2012

    Salam sejahtera buat semua.

    Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2012

    Masih teringat lagi sewaktu mengikuti perlawanan akhir bola sepak Piala Malaysia 2012 diantara Kelantan dan ATM pada 20 Oktober lalu melalui radio ERAfm semasa dalam perjalanan ke Lumut dari Lahat. Perkembangan separuh masa pertama perlawanan diikuti hanya melalui radio. Lain keseronokannya.

    Saya bukanlah seorang yang setia mengikuti perkembangan bola sepak. Tapi saya tahu bahawa Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2012 telah pun diberikan kepada pemain yang terpilih mengikuti kategori yang ada.

    Sila ikuti senarai calon dan pemenang Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2012 yang ditebalkan dalam senarai di bawah.

    (more…)

  • Perlawanan Akhir Badminton Olimpik 2012 Lee Chong Wei vs Lin Dan

    Salam sejahtera buat semua.

    LCW vs LD Olimpik 2012

    Lewat malam tadi, rakyat Malaysia sekali lagi berduka apabila Dato’ Lee Chong Wei tewas dalam perlawanan akhir badminton perseorangan menentang musuh tradisi, Lin Dan yang menyaksikan beliau membawa pulang pingat perak sebagai pingat pertama Malaysia dalam Olimpik London 2012.

    Dalam perlawanan yang berlangsung malam tadi, Lee Chong Wei tewas kepada Lin Dan setelah memberi tentangan hebat dalam tiga set dengan keputusan 21-15, 10-21, dan 19-21. Bagi yang menyaksikan acara badminton semalam pasti dapat merasai debaran dan semangat juang Lee Chong Wei terutamanya pada set ketiga yang paling sengit.

    (more…)