Permulaan Perjalanan Praktikal di Celestica

Salam sejahtera buat semua.

rumah sewa kulim hi-tech

Pejam celik, pejam celik dua tiga hari di rumah, berakhir sudah cuti semester kali ni. Seruan praktikal galak memanggil agar segera memulakan tugasan. InsyaALLAH, esok akan melapor diri di Celestica, Kulim Hi-Tech. Apa yang bakal menanti di sana? Itu kita tunggu dan lihat apa yang berlaku esok (beberapa orang kawan dah memulakan praktikal di tempat lain).

Apa Ada Dengan Cuti Sesingkat ini?

Walaupun terus pulang ke rumah selepas kertas terakhir pada hari Rabu yang lalu, tetap terasa ketidakpuasan berada di rumah. Ok, memang tak dapat banding pun tempat lain dengan rumah sendiri.

Oleh kerana hari Khamis adalah hari terakhir bekerja di Kelantan dalam seminggu, urusan yang memerlukan saya ke bank perlu diselesaikan dengan segera. Terpaksa membuka satu lagi akaun baru bagi memenuhi kehendak Celestica. Nasib baik urusan selesai semuanya dalam masa sejam sahaja.

Rakan sepraktikal yang tidak sempat membuat akaun bank nampaknya tidak dapat melaksanakannya kerana pihak Maybank tidak membenarkan akaun untuk dibuka selain di cawangan bank seperti yang tercatat dalam IC. Betul ke ada peraturan macam ni untuk Maybank?

Hari cuti yang berbaki dipenuhi dengan persediaan untuk ke Celestica. Menyediakan apa yang patut untuk dibawa, walaupun pada hakikatnya pada hari Ahad tu baru dilakukan dengan sepenuh hati. Tolak tambang barang-barang yang patut, bertolak juga akhirnya ke destinasi dituju pada pukul 9 pagi.

..dan inilah permulaan kepada perjalanan sebuah kehidupan selama lapan bulan di Kulim Hi-Tech, sebuah Diari Intern Celestica

beliamuda: batuk-batuk tekakku sakit… seterusnya, “Sang Bujang Senang Yang Hidup Berkelana”.

Comments

33 responses to “Permulaan Perjalanan Praktikal di Celestica”

  1. zulfitry.com Avatar

    hoho..dah nak praktikal yerp? hoho..

  2. x-po Avatar

    gud luck bro utk menempuhi alam praktikal..hehe tpt praktikal akan ada rmai awek2 cun..haha

    1. beliamuda Avatar

      @x-po, haha.. awek memang ramai. yang cun tu, tak jumpa lagi.. 😛

      1. Pisyek Avatar

        @beliamuda, cun itu abstrak… masing2 punya definisi tersendiri.. hehe.. XD

  3. fahmi ibrahim Avatar

    Praktikal seronok, kadang-kadang beronok-ronok… 😀 Semoga bahagia di Celestica, Kulim Hi-Tech.

    Maybank ni kadang cerewet… Kadang ok je.. Kawan aku alamatnya di Petaling Jaya tapi buka account kat cawangan Kota Bharu lepas pulak.

    1. beliamuda Avatar

      @fahmi ibrahim, ronok-ronok tu apa pulak? yg Maybank tu, rasanya depend pada cawangan tu jugak kot.

  4. luth textile Avatar

    hujung minggu ni kalau free contact aku. aku dm phone number kt fb ko bro

    1. beliamuda Avatar

      @luth textile, takde kenderaan la nak gerak jauh2. Tengoklah nanti kalau ada peluang.

  5. topo Avatar

    “Maybank tidak membenarkan akaun untuk dibuka selain di cawangan bank seperti yang tercatat dalam IC”??? wtf?!! biar betul

    1. beliamuda Avatar

      @topo, entahla betul ke tak. Ada cakap tu depend pada cawangan tu jugak. Kalau dia malas nak buat, dia memang tak buat la.

  6. Hafiz Mohd Avatar

    gud luck lh ye.. memang betul lh “Rumahku Syurgaku” itu..

    1. beliamuda Avatar

      @Hafiz Mohd, ya, memang betul.

  7. nazra Avatar

    ler cik belia g Kulim hi tech..pasni rajin2 ler p ke Giant Kulim. satu2nya pasaraya terkemuka kt Kulim 😛

    1. beliamuda Avatar

      @nazra, haha.. memang terkemuka.. siap ada cinema ngan boling lagi..

  8. nazra Avatar

    lupa lak nk taip…rumah tu mcm kt Tmn Senangin je 😛

    1. beliamuda Avatar

      @nazra, hehe. bukan2. ni di Taman KTC.

      1. nazra Avatar

        @beliamuda, loh ya ka. sekali mcm kt Tmn Senangin ja rumah nya..

        1. beliamuda Avatar

          @nazra, taman senangin tu area mana eh?

          1. nazra Avatar

            @beliamuda, tmn senangin ni area kwsn kilang gak. tp kilang yg lama2. tu yg tmpt tu dinamakan Kilang Lama. nk g ke tmn senangin, boleh masuk ikut jalan Petronas kat sekolah menengah Kulim. ikut jalan Bank Muamalat, yg lorong area Masjid tu. byk cara lg lah nk p ke tmn senangin. sekian 😛

          2. beliamuda Avatar

            @nazra, o0o. ok. tq~

  9. Wan Pai Avatar
    Wan Pai

    enjoy ur intern well..

    1. beliamuda Avatar

      @Wan Pai, enjoy your inter well too~

  10. Che Daisy Avatar

    Uit..selamat naik ‘skolah.Celestica..ingat kat negri org puteh mn ler..rhupe2nyaa Kulim sj..huhu

    1. beliamuda Avatar

      @Che Daisy, Celestica ni mai dari Canada. Tu la namanya pelik sikit.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge