Permulaan Perjalanan Praktikal di Celestica

Salam sejahtera buat semua.

rumah sewa kulim hi-tech

Pejam celik, pejam celik dua tiga hari di rumah, berakhir sudah cuti semester kali ni. Seruan praktikal galak memanggil agar segera memulakan tugasan. InsyaALLAH, esok akan melapor diri di Celestica, Kulim Hi-Tech. Apa yang bakal menanti di sana? Itu kita tunggu dan lihat apa yang berlaku esok (beberapa orang kawan dah memulakan praktikal di tempat lain).

Apa Ada Dengan Cuti Sesingkat ini?

Walaupun terus pulang ke rumah selepas kertas terakhir pada hari Rabu yang lalu, tetap terasa ketidakpuasan berada di rumah. Ok, memang tak dapat banding pun tempat lain dengan rumah sendiri.

Oleh kerana hari Khamis adalah hari terakhir bekerja di Kelantan dalam seminggu, urusan yang memerlukan saya ke bank perlu diselesaikan dengan segera. Terpaksa membuka satu lagi akaun baru bagi memenuhi kehendak Celestica. Nasib baik urusan selesai semuanya dalam masa sejam sahaja.

Rakan sepraktikal yang tidak sempat membuat akaun bank nampaknya tidak dapat melaksanakannya kerana pihak Maybank tidak membenarkan akaun untuk dibuka selain di cawangan bank seperti yang tercatat dalam IC. Betul ke ada peraturan macam ni untuk Maybank?

Hari cuti yang berbaki dipenuhi dengan persediaan untuk ke Celestica. Menyediakan apa yang patut untuk dibawa, walaupun pada hakikatnya pada hari Ahad tu baru dilakukan dengan sepenuh hati. Tolak tambang barang-barang yang patut, bertolak juga akhirnya ke destinasi dituju pada pukul 9 pagi.

..dan inilah permulaan kepada perjalanan sebuah kehidupan selama lapan bulan di Kulim Hi-Tech, sebuah Diari Intern Celestica

beliamuda: batuk-batuk tekakku sakit… seterusnya, “Sang Bujang Senang Yang Hidup Berkelana”.

Comments

33 responses to “Permulaan Perjalanan Praktikal di Celestica”

  1. syinrayafa Avatar

    hohoho….pasni agak2 blh update blog tak? hahaha… apa pasal tingkap kat atas tu terbukak? lain mcm je…hehehe…

    slmt berpraktikal.

    1. beliamuda Avatar

      @syinrayafa, akan cuba untuk update mana yang boleh.

      lain macam ke? tingkap terbuka la sebab dah ada orang…

  2. serol Avatar

    selamat berpraktikal..lama tu..8 bulan..

    1. beliamuda Avatar

      @serol, terima kasih.

  3. aizuddin Avatar

    tahun depan aku pulak praktikal..huhu

    1. beliamuda Avatar

      @aizuddin, tahun depan aku dah final year…

  4. […] 8 Jun 2010 – Bermulanya praktikal di Celestica Kulim. […]

  5. […] masa berlalu sejak kali terakhir menempuh Ramadhan. Ramadhan tahun lalu dilalui semasa tengah berpraktikal di Celectica Kulim. Maknanya, suasana bersahur, berpuasa dan berbuka adalah berbeza dengan apa yang pernah dilalui […]

  6. […] Helaian Kertas Wayang inilah yang mencatatkan aktiviti rutin sepanjang praktikal di Celestica pada tahun 2010. Kongsi entri di:TwitterFacebook This entry was posted in Lensa Nokia 5800 XM […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge