Lagu Hari Guru dan Tema Hari Guru 2010

Salam sejahtera buat semua.

cikgu bio mrsm pc

Pada setahun lalu, saya sempat mendedikasikan sebuah entri buat cikgu dan guru. Kali ini, Hari Guru disambut lagi apabila datangnya 16 Mei. Rasanya, sekolah-sekolah di negeri Kelantan, Terengganu dan Kedah akan menyambut terus Hari Guru tahun ni pada tarikh tersebut. Sekolah di negeri-negeri lain mungkin akan menyambutnya pada hari Isnin nanti.

Lagu Kami Guru Malaysia

Satu benda yang saya selalu dengar masa sekolah rendah dulu adalah lagu Kami Guru Malaysia. Maklumlah, anak cikgu. Lagipun, lagu ni memang akan dipasang saban tahun pada sambutan Hari Guru.

Tak sangka masih boleh ingat lagi lirik lagu Kami Guru Malaysia. Dibawah ini adalah lirik penuh lagu tersebut.

Lirik Lagu Kami Guru Malaysia

Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita

Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan

Lagu & Lirik : Hashim Ahmad

>> Download lagu Kami Guru Malaysia [klik] <<

Tema Hari Guru 2010

Nampaknya pada tahun ini, tema Hari Guru masih lagi sama dengan tahun lalu iaitu Guru Pembina Negara Bangsa. Dengan tema hari guru 2010 ini, turut didatangkan bersama ialah lagu tema Hari Guru 2010.

Tajuk lagu tema Hari Guru 2010 ialah Guru Pembina Negara Bangsa (mestilah sama dengan tema Hari Guru kan?)

Lirik Guru Pembina Negara Bangsa

Bersedia melangkah megah
Walaupun sukar baktiku curah
Demi mu ibu pertiwi
Sumpah ku lafaz janji kukota

Berikrar eratkan bangsa
Kukuhkan cinta kepada Negara
Berjasa terus berjasa
Menyebarkan ilmu tiada batasnya

Guru Pembina Negara Bangsa
Gagah perjuangkan visi Negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
Demi agama dan nusa tercinta

Guru Pembina Negara Bangsa
Tetap Unggul senadakan suara
Sehaluan menggapai matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia

Pencipta Lagu : Khairulrizam bin Khalid
Pencipta Lirik : Ili Nurbahirah bt Baharudin
Pengubah Muzik : Marzuki bin Tambi

>> Download lagu Guru Pembina Negara Bangsa dan Minus One [klik] <<

beliamuda: Selamat hari guru kepada cikgu dan bakal guru… Cukup setakat ini, ‘Guru Besar’ dah pesan suruh pergi belajar rajin-rajin. ^_^

Comments

14 responses to “Lagu Hari Guru dan Tema Hari Guru 2010”

  1. Amir Said Avatar

    aku suka gile lagu ni walaupun aku bukan guru malaysia. hehe.

  2. ikin Avatar

    selamat hari guru =p
    .-= ikin´s last blog ..Lagenda Budak Setan =-.

  3. serol Avatar

    rasanya aku pun dah igt macam mana lagu kami guru malaysia tu sebab dah selau tiap2 tahun dengar..hehe
    .-= serol´s last blog ..F1 GP Monaco. Bila Alonso eksiden… =-.

  4. CikguDee@Munshi Avatar
    CikguDee@Munshi

    SELAMAT HARI GURU kepada semua pendidik

  5. chekguleeza Avatar
    chekguleeza

    lagu nie mmng best…sy suke..makna tersirt dn tersurat…tq with the gud effort…so sy dpt download lgu nie…ingt nk nyanyi ngn sume duru d sek..esok..sambtn hri guru peringkt sek…he he he

  6. CikguBaru Avatar
    CikguBaru

    saya rasa bangga kerana tahun ni adalah tahun pertama sy bergelar seorang pendidik. kalau sebelum ni sy dengar para cikgu sy menyanyi lagu guru malaysia, tahun ni sy sendiri akan berdiri sebaris dengan guru lain utk sama2 menyanyikan lagu ni. sy betul2 mengagumi profesion ini. Salam Hormat buat semua guru dan pendidik di seluruh dunia sepanjang zaman. wassalam

  7. cikguzila Avatar
    cikguzila

    mmg tersentuh perasaan bila nyanyi lagu ni..
    arini 1st time smbut hari guru..:D

  8. PuTeRi ShaFiQaH Avatar
    PuTeRi ShaFiQaH

    cayalah lagu guru tu.Memang best gilerrr

  9. eyla Avatar
    eyla

    lagu kami guru malaysia ni memang best

  10. Cgu Ila Avatar
    Cgu Ila

    sejak dr sklh dlu g sy mmg suke dgr lg Guru M’sia… meremang jer bulu roma… n now, sypn dh bgelar PENDIDIK & akn nyyikn lg ini.. rase bangga & tharu yg amat…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge