Salam sejahtera buat semua.
Hari ini, perlawanan separuh akhir (semi final) Piala Thomas 2010 diantara Malaysia dengan China yang pastinya dinanti-natikan. Tambahan lagi dengan kekuatan China yang pastinya memberi cabaran besar buat pemain negara.
Melihat perlawanan di antara Malaysia dan Denmark untuk pusingan suku akhir tempoh hari, pastinya ramai yang berdebar-debar dengan aksi skuad negara yang terpaksa mempertaruhkan perlawanan terakhir (Perseorangan 3) sebelum layak ke pusingan separuh akhir.
Keputusan Penuh Peringkat Separuh Akhir
Berikut adalah sususan perlawanan peringkat separuh akhir diantara Malaysia dengan China. Keputusan semasa dan penuh akan dikemaskini kemudian.
Malaysia [0] – China [3]
Perseorangan 1
Lee Chong Wei vs Lin Dan
Keputusan: 17-21, 8-21
Beregu 1
Koo Kean Keat/Tan Boon Heong vs Cai Yun/ Fu Hai Feng
Keputusan: 15-21, 10-21
Perseorangan 2
Wong Choong Han vs Chen Jin
Keputusan: 16-21, 7-21
Beregu 2
Mohd Zakry Abdul Latif/Thien How Hoon vs Xu Chen/Guo Zhendong
Keputusan:
Perseorangan 3
Mohd Hafiz Hashim vs Bao Chunlai
Keputusan:
Hasilnya, Malaysia kalah dan tidak layak untuk ke pusingan akhir. Dengan ini, China akan bertemu dengan Indonesia di peringkat akhir Piala Thomas 2010. Tadi sempat tengok set pertama masa Chong Wei main je…
beliamuda: Kalau ada yang nak berkongsi keputusan semasa dalam ruangan komen pun amat dialu-alukan.
ahh..takperlah kalah..cuba sj next time..dah adat bertanding,ada kalah,ada menang..takkan nak menang jer kot slalu..
n 4 malaysia team,,esp datuk lee chong wei,dun give up,,try again nex time!!!
lawan jepun pun bleh kalah,apala skuad kita. klau x,kan lwn ngan indon. msh ada pluang. LIN DAN tetap no.1 hakikatnya. chong wei kuat cma kurang tangkas & cekap mcm lin dan cuba lagi chng wei. tan boon heong punya smash memang power gler. tp koo kien kiet gopoh. kalau nk sbut hafiz hashim dgn choong han,xpyhla.