Keputusan Piala Thomas 2010: Malaysia vs Denmark

Salam sejahtera buat semua.

Piala Thomas 2010

Hari ini, perlawanan suku akhir Piala Thomas 2010 diantara Malaysia dengan Denmark pastinya dinanti-natikan. Tambahan lagi dengan prestasi skuad negara semasa perlawanan Malaysia dengan Jepun di peringkat kumpulan.

Kalau semalam tengok keputusan perlawanan di antara Malaysia – Jepun, agak kecewa sikit la. Mula-mula tu, ingatkan Malaysia lawan Jepun tu dah di peringkat suku akhir (saya yang salah faham). Tu pun tak sedar yang semalam ada perlawanan. Hari ini, kasi sedar sikit. Jadi, apa ramalan awal perlawanan kali ini?

Keputusan Penuh Peringkat Suku Akhir

Berikut adalah keputusan semasa Piala Thomas 2010 di antara Malaysia – Denmark mengikut susunan pemain dan perlawanan.

Malaysia [3] – Denmark [2]

Perseorangan 1
Lee Chong Wei vs Peter Hoeg Gade
Keputusan: 21-17, 21-17

Beregu 1
Koo Kean Keat/Tan Boon Heong vs Carsten Mogensen/Mathias Boe
Keputusan: 21-17, 21-19

Perseorangan 2
Wong Choong Han vs Jan Ø Jørgensen
Keputusan: 20-22, 21-16, 18-21

Beregu 1
Mohd Zakry Abdul Latif/Thien How Hoon vs Lars Paaske/Jonas Rasmussen
Keputusan: 26-24, 12-21, 19-21

Perseorangan 3
Mohd Hafiz Hashim vs Joachim Persson
Keputusan: 21-12, 21-10

Nak dimainnya juga kelima-lima perlawanan Malaysia ni. Mendebarkan sunggu la mereka ni [kemaskini sebelum perlawanan terakhir]

Dengan kemenangan Hafiz Hashim, maka bermulalah langkah dan cabaran Malaysia untuk ke pusingan separuh akhir. Lawan Malaysia di separuh akhir? Siapa lagi kalau bukan China, lawan yang mahu dihindari sejak dari awal lagi. Harapnya, Malaysia akan memberikan cabaran yang hebat dalam perlawanan dengan China nanti. MALAYSIA BOLEH! Tahniah kepada pemain kerana mara ke pusingan seterusnya.

beliamuda: [1] Harapnya Internet tidak meragam untuk sentiasa memberikan keputusan semasa perlawanan peringkat suku akhir Piala Thomas 201o diantara Malaysia – Denmark. [2] Permainan Hafiz yang lebih baik daripada semalam menamatkan debaran untuk malam ini…

Comments

24 responses to “Keputusan Piala Thomas 2010: Malaysia vs Denmark”

  1. oktant Avatar

    Jumaat ni, 14 Mei. Mula pukul 2.30 petang kalau tak silap.

  2. syu Avatar
    syu

    Malaysia Boleh!!!!!semalam vs Denmark, Malaysia menang 3 vs 2……tapi petang esok Jumaat(14/05/2010) Malaysia Vs China ( suku akhir ) harap2 Malaysia boleh runtuhkan kekebalan China pada perlawanan ini. Amin………Malaysia Boleh!!!!Yakin Boleh!!!!!!!

  3. hani Avatar
    hani

    yes, go MALAYSIA
    BERUSAHA HINGGA JAYA

  4. arul Avatar
    arul

    aq risau r dgn kemampuan skuad negara kite skrg……
    terutama pasangan n perseorangan ke2..
    mereka masih belum menunjukan prestasi y terbaik

  5. Harun Avatar
    Harun

    Mendebarkan memang mendebarkan. Tapi kalu tengok komitmen dan kesungguhan depa main kelmarin.. x mustahil China kena titik beb

  6. Apitz MF Avatar
    Apitz MF

    jgn risau yg penting pemain tenang dan dpt kwl emosi..lgpun diorang ari2 blatih…musuh utam pemain malaysia adlah diri mereka sendiri..Malaysia Mesti Boleh!!!!!!:)

    1. harun Avatar
      harun

      @Apitz MF, Sokong..
      Ada setengah orang takut nak jumpa China di Final.. Tapi bagi aku Jumpa peringkat mana pun tetap sama. yang penting perfomance and consistency

  7. […] Seperti yang ramai rakyat Malaysia sedia maklum, terutamanya peminat badminton yang mengikuti Piala Thomas 2010, Malaysia telah berjaya melayakkan diri ke pusingan separuh akhir Piala Thomas 2010, selepas menumpaskan Denmark dalam pusingan suku akhir. Semak keputusan Malaysia – Denmark peringkat suku akhir. […]

  8. […] perlawanan di antara Malaysia dan Denmark untuk pusingan suku akhir tempoh hari, pastinya ramai yang berdebar-debar dengan aksi skuad negara yang terpaksa […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge