Cinta Sufi (RAM) Kini Berada di Pasaran

Salam sejahtera buat semua.

cover Cinta Sufi

Buat rakan-rakan pembaca yang bertanya tentang kedapatan novel Cinta Sufi di pasaran, adalah dengan ini dimaklumkan bahawa Cinta Sufi karya Ramlee Awang Murshid telah pun mula berada di pasaran.

Bagi yang tidak berkesempatan untuk mendapatkan novel Cinta Sufi semasa dilancarkan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur tempoh hari, anda boleh berbuat demikian mulai sekarang denga mendapatkannya di kedai-kedai buku berdekatan.

Deskripsi novel Cinta Sufi

Halaman: 512
Harga: RM19.90
Penulis: Ramlee Awang Murshid

ISBN: 978-983-124-541-5

PILU hati saat dikhabarkan suaminya gugur di medan perang, Catalina rebah tidak sedarkan diri. Sebaik terjaga, dia membicarakan hajatnya ke Hulu Melaka. Ingin mencari ‘lelaki bertanduk dua’.

Tanpa diduga, takdir menentukan Laksamana Sunan lelaki yang dicari Catalina. Malangnya, Laksamana Sunan bukan lagi wirawan.

Kudratnya lenyap dan ditawan penjajah yang menakluk Melaka. Hampir dibunuh musuh, dia diselamatkan oleh cinta yang dipendam Luna.

Laksamana Sunan, Catalina dan Luna… bukan sekadar terperangkap dalam perjalanan yang berliku, malah terkurung dalam cinta segi tiga yang terlafaz dan tersembunyi.

CINTA SUFI Sebuah kesinambungan trilogi Bagaikan Puteri, dipenuhi aksi pengembaraan dan pertembungan antara kebaikan dan kebatilan, yang nyata dan mistik. Disemarakkan lagi dengan rasa cinta dan pengorbanan.

[Novel Cinta Sufi di Goodreads]

beliamuda: Anda boleh baca fragmen novel Cinta Sufi di laman web Alaf 21.

Comments

16 responses to “Cinta Sufi (RAM) Kini Berada di Pasaran”

  1. yoy Avatar

    rasa macam nak beli pulak novel ni..
    BM da beli ke?

    1. beliamuda Avatar

      @yoy, dah lama dah.. time book fair ri tu lagi…

  2. aina Avatar
    aina

    dah bc… beli kat book fair hari tu… best!!

  3. Zida Avatar

    Dah beli hari tu, rasa macam cerita ni ada sambungan lagi, sebab nampak mcm tergantung. Tapi tetap BEST!
    .-= Zida´s last blog ..Gambar-gambar dan Suasana Baru SAMT Sultan Hisamuddin =-.

  4. Ermilia Avatar

    RM20 jer..boleh beli ni..
    .-= Ermilia´s last blog ..Cuti-cuti Malaysia =-.

    1. beliamuda Avatar

      @Ermilia, beli jangan tak beli.

  5. Motivasi Kerja Avatar

    Salam Belia, terus terang saya katakan saya adalah peminat ramlee awang murshid satu ketika dahulu. Memang novel beliau seperti tombiruo, semangat hutan memang best! Cuma sekarang nak mula baca novel balik rasanya susah sikit 🙂
    .-= Motivasi Kerja´s last blog ..Facebook Dan Kerja =-.

    1. beliamuda Avatar

      @Motivasi Kerja, cuba cari balik semangat nak baca. selit kat mana2 masa yang ada…

  6. mokteh Avatar

    nice! nasib baik masuk blog beliamuda malam ni
    esok nak keluar…boleh la beli sekali
    .-= mokteh´s last blog ..Finally at Home: Home Sweet Home! =-.

    1. beliamuda Avatar

      @mokteh, ni dah beli ke belum?

      1. mokteh Avatar

        @beliamuda, sudah! tp tak baca2 lagi…huhu..tak sempat
        .-= mokteh´s last blog ..Adam Lambert, Iron Man 2, Dan Setahun Yang Lalu =-.

  7. cinta terlarang Avatar

    Salam,

    Saya sudah baca novel tu. Best betul tapi byk kisah blm terungkai.. mungkinkah ada sambungan… mana perginya Laksamana sunan & hang Tuan, Maryam mcm mana? Luna, Raja Roman , Elizabeth… dan byk lagi watak2 lain

  8. Pisyek Avatar

    ni karya terbaru RAM slepas 9 nyawa eh..?

    9 nyawa pun x abes bace lagi… T__T
    .-= Pisyek´s last blog ..WordCamp Malaysia 2010 =-.

    1. beliamuda Avatar

      @Pisyek, yup. cepat2la habiskan…

  9. imaan Avatar
    imaan

    alamak..kena dptkan buku ni..sy n my brother mmg peminat novel RAM..cume bila dah beranak-pinak ni masa kena arrange bebaik to get those feeling utk bc..thanks BM

  10. […] diingat kembali kali terakhir Ramlee Awang Murshid (RAM) mengeluarkan novel thrillernya iaitu Cinta Sufi, ianya hanya enam bulan yang lalu. Soalan pertama yang pasti ditanya, dah habis baca ke belum novel […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge