Tarikh Pengumuman Keputusan Kemasukan ke Matrikulasi KPM Sesi 2010/2011

Salam sejahtera buat semua.

[Terbaru: Semakan Matrikulasi Sesi 2010/2011]

Akhirnya, tanda tanya tarikh pengumuman dan semakan keputusan untuk kemasukan ke Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bagi sesi 2010/2011 telah diumumkan. Baca lanjut di bawah.

Pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang telah membuat permohonan untuk mengikuti program matrikulasi, boleh mengetahui keputusan permohonan mereka mulai 16 April ini.

Cara Semakan Keputusan Kemasukan ke Matrikulasi

Menurut Kementerian Pelajaran, semakan boleh dibuat dengan melayari laman web rasmi KPM/MOE dan memasukkan nombor kad pengenalan serta angka giliran SPM pemohon.

Semakan juga boleh dibuat dengan menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip perkataan MOEMATNO KP (pelajar) dan hantar ke talian 15888.

Talian bantuan Bahagian Matrikulasi iaitu 03-88844100 juga boleh dihubungi mulai tarikh yang sama dari pukul 8.30 pagi hingga 4 petang (hari bekerja sahaja) untuk mengetahui keputusan permohonan tersebut.

Tarikh pendaftaran pelajar matrikulasi ialah pada 10 Mei dan surat tawaran serta maklumat lanjut tentang pendaftaran, yuran dan sebagainya akan dihantar oleh kolej matrikulasi atau kolej Mara berkenaan.

Rayuan

Pelajar yang layak dan telah memohon, namun gagal mendapat tempat boleh membuat rayuan terus melalui internet mulai 16 hingga 30 April.

Keputusan rayuan boleh diketahui pada 24 Mei melalui laman web, SMS serta talian bantuan Bahagian Matrikulasi.

BERNAMA

Comments

68 responses to “Tarikh Pengumuman Keputusan Kemasukan ke Matrikulasi KPM Sesi 2010/2011”

  1. hanim Avatar
    hanim

    result UPU/IPTA akan diumumkan awal mei 2010..tq

  2. yui_chan Avatar
    yui_chan

    kalau dpt matrik Prgram Satu Thn tp nk tukar ke Program Dua Thn boleh ke?

    1. beliamuda Avatar

      @yui_chan, tak pasti. kenapa nak tukar program dua tahun? semuanya nak amik setahun je.

      1. yui_chan Avatar
        yui_chan

        @beliamuda, sy dh pun dpt twran ke matrik PST dlm course sains. Sy cuma risau kalau satu thn sy x dpt buat yg terbaik lgpun lps spm sy x study lgsg. Kalau dpt PDT at least setahun blh catch up balik or blaja yg basic,,

    2. lolies Avatar
      lolies

      @yui_chan,

      yes, u can change to PDT if u want

  3. aqila Avatar
    aqila

    tau xbile result upu kuar?
    klo bley sy nk msuk uaim dr matrik.t m’bazir duit je mask matrik dlu klo dpt uiam.

    1. beliamuda Avatar

      @aqila, Mei 2010

    2. aqila Avatar
      aqila

      @aqila, b4 10 mei k agk2?

      1. beliamuda Avatar

        @aqila, itu saya tak pasti.

  4. Amizah Avatar
    Amizah

    Salam..Td saye dah call UPU and tanye..Die kate kalau kite dpt tawaran matriks and kite join automatik name kite akan cancel utk UPU…Tapi kalau kite dpt tawaran tapi x join matriks xpe…

    1. beliamuda Avatar

      @Amizah, oh, macam tu ya. terima kasih di atas perkongsian.

      1. Amizah Avatar
        Amizah

        @beliamuda, Sama2…

  5. bellahana Avatar
    bellahana

    matriks keluar 16 april kn automatik tepat pkul 12 mlm blh bkk eh?

  6. kim Avatar
    kim

    salam..kalau kite buat terima tawaran matrik kiranya upu tak dapatlah??

  7. fara Avatar
    fara

    maaf, nak tanya…mcm mana ek nk bt rayuan online?
    lg satu, klu lt mhon biasiswa jpa & matrik, means kt blh dpt tawaran untuk dua-dua ke?

    1. rul Avatar

      @fara,just see the internet dn ikut je pe yang d srh.depends..u can choose!

  8. alyssaj Avatar
    alyssaj

    Em, kalau tak dapat tawaran UPU yang dikehendaki, and then dah masuk matrix masih boleh buat rayuan UPU tak?

    1. iza Avatar
      iza

      @alyssaj, xboleh la…kalau da dftar matrik,xboleh way rayuan UPU

  9. wan Avatar
    wan

    tolong jawab,
    kalau saya terima tawaran matriks ni,adakah permohonan upu saya akan terbatal…saya da try call bhgian upu ngan matriks tetapi line busy…saya keliru sangat..

    1. beliamuda Avatar

      @wan, ada orang cakap terbatal. saya pun tak pasti. better minta kepastian daripada yang berkenaan.

  10. puteri92 Avatar
    puteri92

    mcmane nk buat rayuan matriks?kt mane?boleh bg link tk?please3

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge