Tarikh Pengumuman Keputusan Kemasukan ke Matrikulasi KPM Sesi 2010/2011

Salam sejahtera buat semua.

[Terbaru: Semakan Matrikulasi Sesi 2010/2011]

Akhirnya, tanda tanya tarikh pengumuman dan semakan keputusan untuk kemasukan ke Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bagi sesi 2010/2011 telah diumumkan. Baca lanjut di bawah.

Pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang telah membuat permohonan untuk mengikuti program matrikulasi, boleh mengetahui keputusan permohonan mereka mulai 16 April ini.

Cara Semakan Keputusan Kemasukan ke Matrikulasi

Menurut Kementerian Pelajaran, semakan boleh dibuat dengan melayari laman web rasmi KPM/MOE dan memasukkan nombor kad pengenalan serta angka giliran SPM pemohon.

Semakan juga boleh dibuat dengan menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip perkataan MOEMATNO KP (pelajar) dan hantar ke talian 15888.

Talian bantuan Bahagian Matrikulasi iaitu 03-88844100 juga boleh dihubungi mulai tarikh yang sama dari pukul 8.30 pagi hingga 4 petang (hari bekerja sahaja) untuk mengetahui keputusan permohonan tersebut.

Tarikh pendaftaran pelajar matrikulasi ialah pada 10 Mei dan surat tawaran serta maklumat lanjut tentang pendaftaran, yuran dan sebagainya akan dihantar oleh kolej matrikulasi atau kolej Mara berkenaan.

Rayuan

Pelajar yang layak dan telah memohon, namun gagal mendapat tempat boleh membuat rayuan terus melalui internet mulai 16 hingga 30 April.

Keputusan rayuan boleh diketahui pada 24 Mei melalui laman web, SMS serta talian bantuan Bahagian Matrikulasi.

BERNAMA

Comments

68 responses to “Tarikh Pengumuman Keputusan Kemasukan ke Matrikulasi KPM Sesi 2010/2011”

  1. zida Avatar

    thanks for the info 😉

    1. anne Avatar
      anne

      @zida, menurut cerita rmai org,1 mei ni kuar UPU

  2. zat Avatar
    zat

    macam mana nak check utk kemasukan ke IPTA

    1. beliamuda Avatar

      @zat, Mei 2010 keluar keputusan.

  3. aidaeffa Avatar

    thanks for the info. hope dapat.. 🙂
    .-= aidaeffa´s last blog ..Yummy Yummy.. =-.

  4. husnaa Avatar

    nk try msuk matrix…ssuh k x study?

    1. anne Avatar
      anne

      @husnaa, menurut pengalaman senior2 saya,life kat matrik seronok walaupun busy skit..tapi silibus matrik senang skit berbnding asasi sains.lgpun,sistem matrik bukan 100% brgantung pada exam semester,ade tutorial n kuiz2 yg akan bntu mrkah kite.

      ni apa yg senior sy beritahu la..kalau rse nak study lepak2,ambikla diploma

  5. nur Avatar
    nur

    salam…
    en. belia, tumpang tanya ye…
    dulu time interview utk msk utp ape ye yg ditanya?
    interview tuh bjalan cam ne?

    1. beliamuda Avatar

      @nur, maaf, terlambat lak nak jawab. sibuk dengan projek. so, cmne dengan interview?

      1. nur Avatar
        nur

        @beliamuda,
        x pela..
        sy x g pun..
        cikgu2 xberi galakan
        cikgu2 lebih suka sy amek syariah @ undang2

  6. Wan Perlis Avatar

    pemuda harapan negara. teruskan usaha

  7. yoy Avatar

    rindu zaman matrik..huhu

    1. hidayah Avatar
      hidayah

      @yoy,
      bes ker matrik?
      nak taw gak life as a matrix studnt…

  8. anne Avatar
    anne

    hai…saya nak bg info sikit..mengikut lecturer Matrik, tiada surat tawaran yang akan dihantar ke rumah..semua pelajar kena bukak web Matrik dan cetak surat tawaran kat sana (bagi yg berjaya dpat Matrik). Jadi, kalau dah check melalui SMS pun,kena jugak check online utk cetak surat tawaran..

    1. anna montana Avatar
      anna montana

      @anne,
      ouh, yeke..? ig tk rajin on fb sume, msty sy tak check internet
      mati2 dr dulu sy rse matrik bg surat tawarn, cam uni yg lain..
      bahaye nih if yg lain2 tak tahu

    2. loi Avatar

      @anne,sape kata dia tk bgi srt twrn.saya dapat plak..

    3. aja Avatar
      aja

      @anne, thanks 4 d inf0..

  9. shaniza Avatar
    shaniza

    die mmg xbg surat eh??
    thnks 4 the information…..
    kalo dpt twrn mtrik,there’s no interview lps tu an?

    1. beliamuda Avatar

      @shaniza, kemasukan matrik tiada interview.

    2. loi Avatar

      @shaniza,jgn risau..mmg tk de interview pun..

  10. Amizah Avatar
    Amizah

    Salam…Betol ke kalau kite dah terima tawaran matriks kite x akan dpt tawaran IPTA?
    Tq!

    1. hidayah Avatar
      hidayah

      @Amizah, xlar..kite still ley dpt ofer upu

      1. Amizah Avatar
        Amizah

        @hidayah, Dgr cite mmg akan dpt tawaran UPU…Tapi kalau kite dah terima tawaran matriks and join matriks…Kite x akan dpt tawaran UPU..

    2. iza Avatar
      iza

      @Amizah, hai…kalau da dftar kat matrik pun,tawaran UPu masih akan diterima

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge