Suratan atau Kebetulan?

Salam sejahtera buat semua.

suratan atau kebetulan

Apakah itu suratan? Apakah itu kebetulan?

Suratan takdir maksudnya sesuatu yg telah ditentukan oleh Tuhan (takdir, nasib).

Kebetulan pula adalah sesuatu yang tidak disangka-sangka atau disengajakan.

Ikuti situasi ini:

1. Hari ini adalah pengumuman keputusan kemasukan ke matrik, maka saya menghasilkan entri berkaitan dengannya yang menjadikan trafik hari ini melebihi dua kali ganda rekod terbaik sebelum ini. Ini bukanlah kebetulan, tapi sesuatu yang hadir dengan usaha.

Sesuatu yang tak disangka
Seringkali mendatangi kita
Itukah suratan dalam kehidupan
Atau hanya satu kebetulan

2. Hari ini jumlah pelajar yang terpaksa solat empat rakaat semasa solat Jumaat adalah sangat ramai. Semasa saya tiba, Imam sudah di khutbah kedua dan jemaah di bahagian luar masih lengang (biasanya sudah penuh). Kenapa terjadi macam ni? Sebab lagha di bilik ingat zohor masuk pukul 1.30 dan khutbah hari ini yang pendek. Adakah ia suratan atau kebetulan?

Kita asyik membicarakan
Persoalan hidup dan pilihan
Sedang kejujuran semakin berkurang
Masih tiada bertemu jawapan

3. Hari ini saya merisik seseorang untuk menemani saya di sini. Adakah ianya kebetulan dengan rekod terbaik yang baru dicipta di blog ini? Bukan, ianya dilakukan dengan tujuan oleh saya.

Walau kita dihadapkan
Dengan berbagai pilihan
Mengapa sering terjadi
Pilihan tak menepati

4. Adakah suratan atau kebetulan apabila ETP 35 layak untuk ke EDX (Engineering Design Exhibition) semester ini? Padahal Kakak dan saya telah teruk dikerjakan oleh Dr Suvvarao dalam sesi soal jawab semasa pembentangan projek tempoh hari (berkenaan Heat Transfer).

Poster Engineering Team Project UTP

Hingga amat menakutkan
Menghadapi masa depan
Seolah telah terhapus
Sebuah kehidupan yang kudus

beliamuda: Kadang-kadang, kita suka dengan kebetulan yang terjadi antara kita dengan seseorang, tetapi ada juga yang kita nafikan kebetulan itu kerana wujudnnya perasaan tidak selesa. Kita boleh mewujudkan kebetulan itu untuk menghadirkan suatu keindahan. Tapi, bukankah kebetulan itu juga suatu suratan takdir?

Pertemuan sekali ini
Bagi diriku amat bererti
Tetapi ku bimbang untuk menyatakan
Bimbangkan berulang kesilapan

Comments

19 responses to “Suratan atau Kebetulan?”

  1. aizuddin Avatar

    hebat r..bab2 sastera ni ko memang pro lah..hehe
    khutbah pendek?mungkin kebetulan kot..
    .-= aizuddin´s last blog ..Basic Pasal Nuffnang Yang Patut Anda Tahu =-.

    1. beliamuda Avatar

      @aizuddin, kesannya minggu ni ramai yang pergi awal. insaf~ ^_^

  2. Inner Inspiration Avatar

    Salam Belia. Sangat ikhlas atas kisah yang ditulis ini. Pada saya kebetulan itu sebenarnya juga adalah takdir yang telah Allah tentukan. Namun segalanya masih boleh berubah dengan usaha dan doa dari kita.
    .-= Inner Inspiration´s last blog ..Bila Ada Rasa Tidak Puas Hati =-.

  3. Zon Bebas blog Avatar

    mantap tu kalau dah 2 kali ganda mengatasi rekod.. tabik spring la.. kipidup yer..
    .-= Zon Bebas blog´s last blog ..(Gambar) Kanser mulut akibat merokok =-.

  4. ikin Avatar

    jangan kita lupa, kebetulan juga adalah suratan..
    .-= ikin´s last blog ..update pantas sebelum tidur-esok exam! =-.

    1. beliamuda Avatar

      @ikin, hmmm….

  5. sanitensai Avatar

    usah ragu dgn takdir…ekekeke
    .-= sanitensai´s last blog ..“Semangat3!!! Study3!!!” =-.

  6. imran Avatar

    Suratan dan kebetulan. Suatu yang amat sukar ditafsirkan.

    1. supel Avatar
      supel

      @imran, i second u opinion.
      fate vs coincidence is hard to clarify.
      wah, ak da jd pengomen tegar..
      \(^_^)/

      1. beliamuda Avatar

        @supel, sedak doh!

  7. kuyam Avatar

    huyooo..kakak tu..fuyooo~
    berjaya msk EDX la tudung saji kita nifi.
    haha..we did it..we did it!
    sero supo bdk2 plk 😀
    .-= kuyam´s last blog ..Sila benci saya sekarang~ =-.

    1. beliamuda Avatar

      @kuyam, ye la adik.. haha..

  8. penaberkala Avatar

    congratz
    all the best for EDX

    usah pertikai yang mana suratan, yang mana kebetulan
    kerana antara keduanya pasti ada titik pertembungan
    .-= penaberkala´s last blog ..3 IDIOTS =-.

  9. […] Setiap hasil pelaburan kita boleh menghasilkan untung mahupun kerugian. Mungkin juga ini berkaitan dengan nasib, skill ataupun suatu suratan yang telah ditetapkan. […]

  10. Pisyek Avatar

    oh~ tahniah ETP35.. nnt pisyek g amik gmbr time EDX…

    hahaha…

    p/s: khutbah pendek slalu pun ok gak… XD
    .-= Pisyek´s last blog ..Pengklonan menggunakan Photoshop CS3 =-.

    1. beliamuda Avatar

      @Pisyek, tak dtg pun ko…

      1. Pisyek Avatar

        @beliamuda, gg xde, gg xde…

        jd x jumpe la…

        hehe… XD
        .-= Pisyek´s last blog ..Orang Jepun makan orang? =-.

        1. beliamuda Avatar

          @Pisyek, o0o.. mcm tu rupanya.. takpelah, jumpa awek2 kat situ pun dah cukup… 🙂

          1. amira Avatar
            amira

            boleh email gambar tu tak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge