Salam sejahtera buat semua.
Info pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor:
Pilihan Raya Kecil P.94 Hulu Selangor diadakan berikutan kematian penyandangnya iaitu Y.B Dato’ Dr. Haji Zainal Abidin bin Ahmad pada 25 Mac 2010.
Daftar Pemilih yang digunakan ialah daftar pemilih yang dikemaskini dan diwartakan semula pada 26 Mac 2010. Pecahan daftar pemilih seperti di bawah:
Jumlah pemilih berdaftar: 64,500 orang
Jumlah pemilih biasa: 63,701 orang
Jumlah pemilih pos: 799 orang
Sumber: Laman Web SPR
Jumlah pusat mengundi: 48 pusat melibatkan 47 sekolah dan dewan masyakat
Jumlah saluran mengundi: 136 saluran

Sumber: Utusan Malaysia Online
*****
Pengiraan Undi Semasa dan Terkini Pilihanraya Kecil Hulu Selangor
6:00 Petang: PKR – 22 MIC – 15
6:20 Petang: PKR – 858 MIC – 1206
6:30 Petang: PKR – 3150 MIC – 3883
6:50 Petang: PKR – 4500 MIC – 4891
7:00 Petang: PKR – 7162 MIC – 6063
7:20 Petang: PKR – 9133 MIC – 7261
7:40 Petang: PKR – 17554 MIC – 19067 (kicauan KJ)
8:30 Petang: PKR – 22986 MIC – 24669 (kemungkinan BN menang)
| No. | Nama | Parti | Jumlah Undi Semasa |
|---|---|---|---|
| 1 | Datuk Zaid Ibrahim | Parti Keadilan Rakyat | 22986 |
| 2 | P Kamalanathan | Malaysian Indian Congress | 24669 |
Sumber: Perisik Rakyat dan Malaysiakini
*****
Keputusan Rasmi Pilihanraya Kecil Parlimen Hulu Selangor P94
Pukul 9:11 malam, keputusan rasmi diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR). Berikut adalah keputusan rasmi PRK Hulu Selangor. Tahniah kepada rakyat yang menang PRK kali ni. ^_^
BN – 24,997 || PKR – 23,272 || Majoriti -1,725

Sumber: Malaysiakini
Leave a Reply