Keputusan Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor P94

Salam sejahtera buat semua.

Info pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor:

Pilihan Raya Kecil P.94 Hulu Selangor diadakan berikutan kematian penyandangnya iaitu Y.B Dato’ Dr. Haji Zainal Abidin bin Ahmad pada 25 Mac 2010.

Daftar Pemilih yang digunakan ialah daftar pemilih yang dikemaskini dan diwartakan semula pada 26 Mac 2010. Pecahan daftar pemilih seperti di bawah:

Jumlah pemilih berdaftar: 64,500 orang

Jumlah pemilih biasa: 63,701 orang

Jumlah pemilih pos: 799 orang

Sumber: Laman Web SPR

Jumlah pusat mengundi: 48 pusat melibatkan 47 sekolah dan dewan masyakat

Jumlah saluran mengundi: 136 saluran

Keputusan PRK Hulu Selangor
Sumber: Utusan Malaysia Online

*****

Pengiraan Undi Semasa dan Terkini Pilihanraya Kecil Hulu Selangor

6:00 Petang: PKR – 22 MIC – 15

6:20 Petang: PKR – 858 MIC – 1206

6:30 Petang: PKR – 3150 MIC – 3883

6:50 Petang: PKR – 4500 MIC – 4891

7:00 Petang: PKR – 7162 MIC – 6063

7:20 Petang: PKR – 9133 MIC – 7261

7:40 Petang: PKR – 17554 MIC – 19067 (kicauan KJ)

8:30 Petang: PKR – 22986 MIC – 24669 (kemungkinan BN menang)

No. Nama Parti Jumlah Undi Semasa
1 Datuk Zaid Ibrahim Parti Keadilan Rakyat 22986
2 P Kamalanathan Malaysian Indian Congress 24669

Sumber: Perisik Rakyat dan Malaysiakini

*****

Keputusan Rasmi Pilihanraya Kecil Parlimen Hulu Selangor P94

Pukul 9:11 malam, keputusan rasmi diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR). Berikut adalah keputusan rasmi PRK Hulu Selangor. Tahniah kepada rakyat yang menang PRK kali ni. ^_^

BN – 24,997 || PKR – 23,272 || Majoriti -1,725

PRK Hulu Selangor 2010
Sumber: Malaysiakini

Comments

105 responses to “Keputusan Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor P94”

  1. RIDZUAN SHAH Avatar
    RIDZUAN SHAH

    berdebar2 jantungku nie bila tengok BN dah mendahului PR… Ya Allah berilah kemenangan kepada PR… Aminn…

    1. guess Avatar
      guess

      @RIDZUAN SHAH, ko orang islam ker x macam orang islam pun

      1. Mk Avatar
        Mk

        @guess, Jgn tnya org islam ke x….nilai diri sendiri tahap islam awak 2..

  2. Mana Avatar
    Mana

    Hi,

    BN menang lah!!!

  3. ara Avatar
    ara

    AKHIRNYA BN MENANG DI PARLIMEN HULU SELANGOR
    TENGOK LAH TV1/TV3 SEKARANG MCM NAK SAMBUT RAYA

    1. samsul Avatar
      samsul

      dah lama tak menang memang la mcm tu….cuba pembangkang menang…berita kat tv ala kadar jer…

  4. ara Avatar
    ara

    PKR – 23,272
    BN – 24,997
    Majoriti – 1725

    Ikhsan dari Perisik Rakyat

    1. math_camry Avatar

      @ara, tak apa pengaruh pkr masih meningkat…bn menang sebab kan undi pos…bubarkan undi pos…

  5. tawanmuda Avatar

    Penantian kini telah terjawab dengan kemenangan BN di Hulu Selangor

  6. zaiMi Avatar

    orang hulu selangor dah belot. tahniah bn. buat la yang terbaik untuk rakyat.
    .-= zaiMi´s last blog ..Kereta Polis Yang Mewah Di Seluruh Dunia =-.

    1. hero Avatar
      hero

      @zaiMi, cayala..

  7. tawanmuda Avatar

    Bagi peluang BN membela nasib rakyat.Jangan terpedaya janji kosong PKR

  8. palanuk Avatar

    salam….apa pun keputusan undi kita dah tau….harap-harap yang menang tu menjalankan tugas dengan adil dan saksama…kemungkinan itu ada hikmahnya ….hasil daripada keikhlasan hati nuraini pengundi…ba aramai tii..

  9. ORANG MELAYU Avatar
    ORANG MELAYU

    MMMM… BUAT YG KATA UMNO ADA KAITAN APCO.. ADA KAWAN TANYA 1MALAYSIA DIKATAKAN DICEDUK DARI ONEISRAEL… JADI ADAKAH SLOGAN PAS FOR ALL DICEDUK DARI SLOGAN PILIHANRAYA LALU ISRAEL ” ISRAEL FOR ALL”????

    1. guess Avatar
      guess

      @ORANG MELAYU, jawab!!jawa!!takan segan kot…

  10. Hammid Avatar
    Hammid

    Zaid…Mase dlam BN macam-macam diorang kata…bila keluar dah jadi lain pulak…siap takbir lagi. Politik memang kotor. Tak boleh bayang kalau Zaid jadi calon BN.Hadis mana gamaknya diaorang pakai.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge