Keputusan Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor P94

Salam sejahtera buat semua.

Info pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor:

Pilihan Raya Kecil P.94 Hulu Selangor diadakan berikutan kematian penyandangnya iaitu Y.B Dato’ Dr. Haji Zainal Abidin bin Ahmad pada 25 Mac 2010.

Daftar Pemilih yang digunakan ialah daftar pemilih yang dikemaskini dan diwartakan semula pada 26 Mac 2010. Pecahan daftar pemilih seperti di bawah:

Jumlah pemilih berdaftar: 64,500 orang

Jumlah pemilih biasa: 63,701 orang

Jumlah pemilih pos: 799 orang

Sumber: Laman Web SPR

Jumlah pusat mengundi: 48 pusat melibatkan 47 sekolah dan dewan masyakat

Jumlah saluran mengundi: 136 saluran

Keputusan PRK Hulu Selangor
Sumber: Utusan Malaysia Online

*****

Pengiraan Undi Semasa dan Terkini Pilihanraya Kecil Hulu Selangor

6:00 Petang: PKR - 22 MIC – 15

6:20 Petang: PKR – 858 MIC – 1206

6:30 Petang: PKR – 3150 MIC – 3883

6:50 Petang: PKR – 4500 MIC – 4891

7:00 Petang: PKR – 7162 MIC – 6063

7:20 Petang: PKR – 9133 MIC – 7261

7:40 Petang: PKR – 17554 MIC – 19067 (kicauan KJ)

8:30 Petang: PKR – 22986 MIC – 24669 (kemungkinan BN menang)

No. Nama Parti Jumlah Undi Semasa
1 Datuk Zaid Ibrahim Parti Keadilan Rakyat 22986
2 P Kamalanathan Malaysian Indian Congress 24669

Sumber: Perisik Rakyat dan Malaysiakini

*****

Keputusan Rasmi Pilihanraya Kecil Parlimen Hulu Selangor P94

Pukul 9:11 malam, keputusan rasmi diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR). Berikut adalah keputusan rasmi PRK Hulu Selangor. Tahniah kepada rakyat yang menang PRK kali ni. ^_^

BN – 24,997 || PKR - 23,272 || Majoriti -1,725

PRK Hulu Selangor 2010
Sumber: Malaysiakini

105 thoughts on “Keputusan Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor P94

  1. Jangan berbicara berkenaan dunia dan akhirat kerana bukan kita yg mampu menilai dosa atau pahala.Jangan berbicara tentang dosa dan pahala kerana bukan kita yang mampu memberikan ganjaran dan balasan pada pelakunya.
    Bila tiba masa mengundi pada yg layak tunaikan lah kewajipan…..bila dah selesai mengundi dah dapat keputusan…hanya mereka yg tak mampu terima ketentuan akan terus menyalak mempertikai keputusan……rentikanlah semua ni yop….

  2. Hentikanlah undi-undi ni. Kita cuma perlu melantik pemimpin yang betul-betul berilmu, beramal, dan berakhlak mulia. Kadang- kadang, undian diperoleh melalui tipuan.

  3. What a disappointing results. Lebihan 1000 plus only for PKR to win…BN, do your promise before you fall again in the coming election…be democracy and transparent…or else you will not convince the people to vote for you.

  4. tak kisahla sape2 yang menang pilihan raya,asalkan jalankan amanah dengan baik…..jangan jadi pemimpin yang umpama kerbau dicucuk hidung..kita sebagai pemimpin perlu berdiri di atas kaki sendiri

  5. majoriti melayu..korang amik calon yg bukan Islam? and about dunia n akirat, dosa n pahala, mmg kita tidak mampu m’berikan ganjaran, tetapi kita mampu b’bicara mngenainya. kalo x xde la ulama sepakat kate rokok haram. n xde la owg sebuk2 buat tahlil.

  6. Salam,

    Saya bimbang dengan politik masa kini yang tidak mengendahkan kepentingan rakyat. Saya tak kisah siapa menang tapi hak rakyat mesti dijaga. Perpecahan politik adalah punca keruntuhan tamadun Islam pada suatu ketika dahulu. Situasi ini jelas dapat dilihat dalam senario politik tanah air. Berpecah mengikut fahaman politik masing2 dan mengabaikan hak rakyat yang hakiki. Adakah kita mahu lihat Malaysia ini runtuh begitu sahaja? Ayuh bangkitlah wahai pemimpin! Berjuang demi rakyat bukan demi parti! Pertahankan hak rakyat selagi termampu. Anda adalah amanah besar rakyat Malaysia. Berdosa hukumnya jika seorang pemimpin mengabaikan kepimpinannya. Renungkanlah

  7. our people nowadays ske bdebat jer hangat mggegar dunia kedai kopi,warung…tp time mgundi xada pun btg hidung…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge