Hari Penamaan Calon Galas dan Batu Sapi

Salam sejahtera buat semua.

Bahang pilihan raya kecil (PRK) Galas dan Batu Sapi semakin terasa. Beberapa hari lalu, parti-parti yang bakal bertandang telah memperkenalkan calon masing-masing untuk dipertandingkan bagi kerusi yang kosong di DUN Galas dan Parlimen Batu Sapi.

Hari ini, 26 Oktober 2010, tibalah hari bagi penamaan calon seperti yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Pastinya keadaan di kawasan penamaan calon semakin panas dan meriah.

Continue reading

Keputusan Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor P94

Salam sejahtera buat semua.

Info pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor:

Pilihan Raya Kecil P.94 Hulu Selangor diadakan berikutan kematian penyandangnya iaitu Y.B Dato’ Dr. Haji Zainal Abidin bin Ahmad pada 25 Mac 2010.

Daftar Pemilih yang digunakan ialah daftar pemilih yang dikemaskini dan diwartakan semula pada 26 Mac 2010. Pecahan daftar pemilih seperti di bawah:

Jumlah pemilih berdaftar: 64,500 orang

Jumlah pemilih biasa: 63,701 orang

Jumlah pemilih pos: 799 orang

Sumber: Laman Web SPR

Jumlah pusat mengundi: 48 pusat melibatkan 47 sekolah dan dewan masyakat

Jumlah saluran mengundi: 136 saluran

Continue reading