Salam sejahtera buat semua.

Sub-kontraktor TM sedang memasang kabel telefon
Aknirnya, setelah dua bulan, deringan telefon di rumah dapat didengari semula. Hari ini, kerja-kerja pemasangan kabel telefon yang dicuri hampir dua bulan yang lalu iaitu pada 18 januari telah dilaksanakan.
Bukan sahaja talian telefon telah kembali normal, malahan talian streamyx telah dapat digunakan semula. Nasib baik saya tak sempat habiskan had bandwidth dalam BB maxis tu.
Kerja-kerja pemasangan ini berjaya disempurnakan dalam tempoh beberapa jam. Sekitar pukul 4 petang, talian telah berjaya disambung semula.
Sebenarnya, baru dua hari lepas saya ke Kedai TM buat kali kedua untuk permohonan rebat (bagi talian telefon dan streamyx). Kalau dah dua-dua tu guna pakej, guna ke tak masih kena bayar pada harga yang ditetapkan. Kalau terlebih lagikan ditambah. Apa salahnya kalau tak guna lagi dikurangkan bayarannya?
Ok, sekarang baru rasa tak segan nak buka blog dan laman web yang banyak gambar + video. Harapnya streamyx berfungsi dengan baik.
beliamuda: Baik je nada dalam entri ni. Harap tak marah-marah seperti masa kabel telefon diputuskan tu la…
Leave a Reply