Telefon Yang Berdering & Kabel Telefon Yang Disambung Semula

Salam sejahtera buat semua.

sub kontraktor TM pasang kabel telefon

Sub-kontraktor TM sedang memasang kabel telefon

Aknirnya, setelah dua bulan, deringan telefon di rumah dapat didengari semula. Hari ini, kerja-kerja pemasangan kabel telefon yang dicuri hampir dua bulan yang lalu iaitu pada 18 januari telah dilaksanakan.

Bukan sahaja talian telefon telah kembali normal, malahan talian streamyx telah dapat digunakan semula. Nasib baik saya tak sempat habiskan had bandwidth dalam BB maxis tu.

Continue reading

Peringatan Buat Pengguna Hosting Berbayar – Ini Bukan Hebat, Tapi Silap Strategi

Salam sejahtera buat semua.

more_bandwidth

Tulisan ini adalah peringatan buat diri sendiri dan juga blogger yang menggunakan hosting berbayar. Kisahnya terjadi sendiri kepada saya dan ianya mungkin kelihatan hebat, tetapi sebenarnya satu kesilapan dalam merangka strategi.

Salah satu perkara yang menjadi sekatan buat pengguna hosting berbayar ialah kekeringan bandwidth lebih awal daripada jangkaan. Kalau bandwidth blog habis sebelum bermula kitaran bulan seterusnya, maka blog itu tidak dapat diakses sepanjang bulan tersebut. Jalan penyelesaiannya hanya dengan membayar untuk bandwidth tambahan.

Continue reading