Peringatan Buat Pengguna Hosting Berbayar – Ini Bukan Hebat, Tapi Silap Strategi

Salam sejahtera buat semua.

more_bandwidth

Tulisan ini adalah peringatan buat diri sendiri dan juga blogger yang menggunakan hosting berbayar. Kisahnya terjadi sendiri kepada saya dan ianya mungkin kelihatan hebat, tetapi sebenarnya satu kesilapan dalam merangka strategi.

Salah satu perkara yang menjadi sekatan buat pengguna hosting berbayar ialah kekeringan bandwidth lebih awal daripada jangkaan. Kalau bandwidth blog habis sebelum bermula kitaran bulan seterusnya, maka blog itu tidak dapat diakses sepanjang bulan tersebut. Jalan penyelesaiannya hanya dengan membayar untuk bandwidth tambahan.

Kebiasaannya, bandwitdh habis awal atau kadar penggunaan yang tinggi merujuk kepada pertambahan trafik / pengunjung yang lebih banyak daripada sebelumnya. Tapi kes ini sedikit berbeza dalam keadaan yang saya alami.

Awal bulan ini, saya memuat naik sekeping banner bersaiz sekitar 500KB (dalam format .gif) untuk dipasang sebagai alternate ads pada iklan di header blog. Disebabkan keadaan sambungan Internet di belakang proxy di UTP, saya tidak dapat mengakses cPanel. Jadi, saya tidak dapat memantau penggunaan bandwidth blog.

Agak terkejut apabila diperiksa hari ini kadar penggunaan bandwidth telah pun melepasi 80% (siap jadi warna merah lagi graf bandwidth) sedangkan baru sahaja dipertengahan bulan. Bunyi macam gah je bandwidth habis banyak, padahal silapnya pada banner yang dipasang tersebut.

stat-nuffnang-beliamuda-8mar-14mar-2010

Mengikut kiraan matematik (secara anggaran), dengan jumlah pelawat unik melebihi 20,000 sejak awal bulan, saya telah menghabiskan 10GB sahaja untuk gambar banner ini.

20,000 x 500KB = 10000KB @ 10GB

Itu secara anggaran sahaja. Saya jangkakan mungkin lebih banyak bandwidth yang dah dihabiskan untuk banner ini sahaja. Saya bernasib baik kerana membuka cPanel pada hari ini. Kalau saya tidak menyemaknya, mungkin dapatlah saya melihat blog ini tidak diakses dan mulalah nak panik tak tentu pasal.

Sebenarnya saya telah berusaha untuk menghoskan di tempat lain, tetapi malangnya Flickr tidak menyokong .gif (jadi gambar pegun sahaja) dan saya sedikit malas untuk mendaftar di Photobucket mahupun Imagshack. Kesimpulannya, kemalasan dan kelalaian saya kali ini membawa kepada masalah yang boleh dielak daripada mula.

beliamuda: Korang pernah habis bandwidth sebelum hujung bulan tak? Apakah cadangan lain untuk mengatasi masalah ini (selain tambah bandwidth dan kecilkan saiz gambar).

Sumber gambar pertama

Comments

35 responses to “Peringatan Buat Pengguna Hosting Berbayar – Ini Bukan Hebat, Tapi Silap Strategi”

  1. topo Avatar

    pergh.. 7.5k daily hits… giler la ko..
    .-= topo´s last blog ..Nama Domain yang Paling Mahal di Dunia =-.

    1. beliamuda Avatar

      @topo, weh, kalau imga host kat imageshack, .gif leh kan?

      1. Pisyek Avatar

        @beliamuda, dkt imageshack boleh je host gif… aku host dkt fileden.. ok je.. hoho..
        .-= Pisyek´s last blog ..Pisyek benci plagiat. Anda suka plagiat? =-.

      2. topo Avatar

        @beliamuda, boleh ke
        .-= topo´s last blog ..Nama Domain yang Paling Mahal di Dunia =-.

  2. Nik Hamizan Hazwan Avatar

    Wah byk hits.. apa rahsiamu? hehe

    1. beliamuda Avatar

      @Nik Hamizan Hazwan, err, tulis benda yang menjadi carian umum (topik semasa) dan cerita berkaitan.

  3. Ismail Noh Avatar

    rahsianya, selalu hit blog orang kot~

  4. Melz Avatar

    Aku upload kat blogspot jer bro . pastu aku copy paste jer . senang upload dan cepat prosesnya ( Picasa gitu ) hehe

    Neway terbaik 7.5k disitu ! salute spring kereta kat ang . sat lagi amek ehh kat rumah hehe

    Teruskan blogging cheers
    Melz,
    .-= Melz´s last blog ..Jangan Tidur Lagi ! Ahhh Amek Ko Ubat! =-.

    1. beliamuda Avatar

      @Melz, aku ingat nak wat cmtu gak. cumannya pernah buat cmtu untuk masuk dalam WP dan ada cam error sikit. Sebab tu aku tak try buat untuk kali ni. Nak kena try balik la ni.

  5. aizuddin Avatar

    eh..bukan boleh ke upload gif kat flickr?..aku buat boleh je..huhu..cuba tgk ni http://farm3.static.flickr.com/2727/4425801160_910f5e7d3f_o.gif ..ke aku yg salah paham..hehe
    .-= aizuddin´s last blog ..Terbaik, Aku Dapat Cek Nuffnang Yang Kedua! =-.

    1. beliamuda Avatar

      @aizuddin, eh, boleh lak. aku upload ri tu jadi statik je. ke aku yang silap buat ni. adeh. thank weh. aku nak kena try sekali lagi nih.

      1. aizuddin Avatar

        @beliamuda, tu yang aku pelik..huhu..entah try je lah lagi..mana tau boleh..wc2
        .-= aizuddin´s last blog ..(Tutorial) Cara Sembunyikan Shoutbox Di Sidebar =-.

        1. beliamuda Avatar

          @aizuddin, beyeh~

  6. ariff Avatar

    perggh. mesti kaya macam tokeh balak ni.
    .-= ariff´s last blog ..Tips Senang Cari Blog CommentLuv =-.

    1. beliamuda Avatar

      @ariff, tokeh balak lagi kaya. ni dah kena bayar tambah untuk bandwidth. kering di situ… -_-“

  7. Hanis Avatar

    pe rahsia meh..
    huhu.
    .-= Hanis´s last blog ..KLCC, TGV dan Sarah =-.

    1. beliamuda Avatar

      @Hanis, rahsia untuk hits tu ke? ke rahsia pasal upload banner ni sume? ~_~

      1. Hanis Avatar

        @beliamuda, yayayayayaya..
        rahsia hits yg byk itu..=)

        1. beliamuda Avatar

          @Hanis, isu semasa yang hot + SEO

  8. Anjung Web Avatar

    Dapatkan servis hosting yang unlimited bandwidth :). Memang berbaloi…
    .-= Anjung Web´s last blog ..50 plugin WordPress yang cun! =-.

    1. beliamuda Avatar

      @Anjung Web, nak dapat yang unlimited dan servis berbaloi2 tu agak mahal la.

      ni guna yang unlimited ke?

  9. Wan Perlis Avatar

    rerajin la host pic kat imageshark, 666kb
    berapa bandwidth hang?
    .-= Wan Perlis´s last blog ..Jadilah Kita Manusia Yang Baik =-.

    1. beliamuda Avatar

      @Wan Perlis, tu la pasal. malas sangat kan. 😛

      bandwidth aku 50GB.

  10. Mus Avatar

    marvelous!!! trafik tu..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge