[Biasiswa 2010] Program Penajaan Pendidikan PETRONAS Bagi Lepasan SPM 2009

Salam sejahtera buat semua.

PETRONAS menawarkan pembiayaan dan penajaan untuk calon yang layak bagi memohon Program Pendidikan PETRONAS Bagi Lepasan SPM 2009. Pembiayaan ini adalah untuk mengikuti program pengajian di Universiti Teknologi Petronas (UTP) atau universiti lain samada di dalam Malaysia atau luar negara.

Tawaran penbiayaan ini adalah dalam bentuk pinjaman pendidikan.

Program Di Universiti Teknologi Petronas (UTP)

Program Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian)

  • Kejuruteraan Awam
  • Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
  • Kejuruteraan Kimia
  • Kejuruteraan Mekanikal
  • Kejuruteraan Petroleum

Program Sarjana Muda Teknologi (Kepujian)

  • Petroleum Geosains

Kelayakan Akademik

Memperolehi sekurang-kurangnya A- dalam 9 matapelajaran dalam keputusan SPM 2009 seperti berikut;

  1. Memperolehi sekurang-kurangnya A- untuk 6 matapelajaran berikut ;
    • Bahasa Melayu
    • Bahasa Inggeris
    • Matematik
    • Matematik Tambahan
    • Kimia
    • Fizik

    DAN

  2. Memperolehi sekurang-kurangnya gred A- dalam 3 matapelajaran lain

Program Sarjana Muda Teknologi (Kepujian)

  • Teknologi Maklumat & Komunikasi
  • Sistem Maklumat Perniagaan

Kelayakan Akademik

Memperolehi sekurang-kurangnya A- dalam 9 matapelajaran dalam keputusan SPM 2009 seperti berikut;

  1. Memperolehi sekurang-kurangnya gred A- dalam 3 matapelajaran berikut:
    • Bahasa Melayu
    • Bahasa Inggeris
    • Matematik

    DAN

  2. Memperolehi sekurang-kurangnya gred A- untuk mana-mana 3 matapelajaran berikut:
    • Kimia
    • Fizik
    • Biologi
    • Sains
    • Sejarah
    • Geografi
    • Sains Tambahan
    • Matematik Tambahan
    • Asas Perakaunan
    • Ekonomi Asas
    • Perdagangan
    • Prinsip Akaun
    • Teknologi Maklumat
    • Asas Pemprosesan Maklumat

    DAN

  3. Memperolehi sekurang-kurangnya gred A- dalam 3 mata pelajaran lain. Mata pelajaran tersebut boleh dipilih daripada senarai di atas atau mata pelajaran yang tidak tersenarai.

Calon-calon yang terpilih untuk mengikuti Program UTP, dikehendaki menjalani serta lulus Program Pengajian Asas (1 tahun) di UTP sebelum meneruskan pengajian di peringkat Sarjana Muda.

Program Di Universiti Lain (Di Malaysia dan Luar Negara)

Program Sarjana Muda Kejuruteraan

  • Kejuruteraan Kimia
  • Kejuruteraan Mekanikal
  • Kejuruteraan Petroleum

Program Sarjana Muda Sains Gunaan

  • Geologi
  • Geofizik

Kelayakan Akademik

Memperolehi sekurang-kurangnya A- dalam 9 matapelajaran dalam keputusan SPM 2009 seperti berikut;

  1. Memperolehi sekurang-kurangnya A- untuk 6 matapelajaran berikut ;
    • Bahasa Melayu
    • Bahasa Inggeris
    • Matematik
    • Matematik Tambahan
    • Kimia
    • Fizik

    DAN

  2. Memperolehi sekurang-kurangnya gred A- dalam 3 matapelajaran lain.

Program Sarjana Muda Perakaunan/Perdagangan/Ekonomi/Kewangan

  • Perakaunan
  • Perdagangan
  • Ekonomi
  • Kewangan

Kelayakan Akademik

Memperolehi sekurang-kurangnya A- dalam 9 matapelajaran dalam keputusan SPM 2009 seperti berikut;

  1. Memperolehi sekurang-kurangnya gred A- dalam matapelajaran berikut:
    • Bahasa Melayu
    • Bahasa Inggeris
    • Matematik

    DAN

  2. Memperolehi sekurang-kurangnya A- dalam mana-mana 3 matapelajaran berikut:
    • Kimia
    • Fizik
    • Biologi
    • Sains
    • Sejarah
    • Geografi
    • Sains Tambahan
    • Matematik Tambahan
    • Asas Perakaunan
    • Ekonomi Asas
    • Perdagangan
    • Prinsip Akaun

    DAN

  3. Memperolehi sekurang-kurangnya gred A- dalam 3 mata pelajaran lain. Mata pelajaran tersebut boleh dipilih daripada senarai di atas atau mata pelajaran yang tidak tersenarai.

Calon-calon yang terpilih untuk mengikuti Program di universiti luar negara/kampus cawangan di Malaysia (Curtin/Monash/Nottingham University) dikehendaki menjalani serta lulus Program Pengajian Asas (12 hingga 24 bulan) di kolej-kolej persediaan program luar negara/kampus cawangan di Malaysia sebelum meneruskan pengajian di peringkat Sarjana Muda.

Syarat Memohon

  • Calon-calon mestilah menggunakan keputusan SPM 2009.
  • Calon-calon mestilah warganegara Malaysia.
  • Calon-calon mestilah berumur sekurang-kurangnya 17 tahun dan tidak melebihi 19 tahun pada tahun 2010.
  • Mempunyai ciri-ciri kepimpinan serta aktif di dalam aktiviti ko-kurikulum.

Cara Memohon

  1. Permohonan mestilah dibuat secara online melalui laman web http://spmonline.petronas.com.my.
  2. Sila baca dengan teliti Panduan Memohon dan Panduan Mengisi Borang sebelum membuat permohonan.
  3. Setiap permohonan dikenakan Yuran Proses sebanyak RM20.00.
  4. Ibu bapa dinasihatkan supaya memohon bagi pihak pelajar yang sedang mengikuti kursus Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).
  5. Sekiranya ingin memohon kemasukan ke UTP sebagai Pelajar Persendirian dan/atau dengan lain-lain penajaan (selain PETRONAS), sila memohon menggunakan borang dan kaedah yang sama di laman web http://spmonline.petronas.com.my. Walaubagaimanapun, permohonan adalah tertakluk kepada syarat-syarat kemasukan yang ditetapkan oleh UTP. Sila rujuk syarat-syarat kemasukan UTP di laman web http://www.utp.edu.my.

Tarikh tutup

Permohonan Program Penajaan Pendidikan Petronas Bagi Lepasan SPM 2009 akan ditutup pada 19 Mac 2010, jam 5.00 petang.

Maklumat

  1. Sila rujuk laman web http://spmonline.petronas.com.my untuk membuat permohonan dan mendapatkan maklumat yang lebih terperinci.
  2. Sila hubungi talian hotline PETRONAS Sponsorship di 03 2331 2277 atau UTP Admission di 05 368 8407 / 8156 / 8344 / 8359) yang dibuka dari 9.00 pagi – 5.00 petang untuk sebarang pertanyaan.

Pautan: Laman Web UTP, Permohonan Dalam Talian untuk Lepasan SPM 2009, dan Kredit untul tulisan asal kepada ePutra.

beliamuda: Untuk pertanyaan berkaitan Universiti Teknologi PETRONAS (UTP), anda boleh ajukan terus kepada saya. Rujuk Mengenai Penulis terlebih dahulu.

Comments

81 responses to “[Biasiswa 2010] Program Penajaan Pendidikan PETRONAS Bagi Lepasan SPM 2009”

  1. efa Avatar
    efa

    salam..
    saya ingin mengajukan soalan,
    adakah petronas ada menawarkan biasiwa kepada pelajar yang sedang menuntut di IPTA?melalui keputusan gpa semasa..

    1. beliamuda Avatar

      @efa, kalau tak silap, takde.

  2. fatin syafiqahh nur Avatar
    fatin syafiqahh nur

    asslmlkm,,
    saya nax tanyer cam ner nax mohon utp bagi pelajar lepasan matrikulasi…
    saya dah try cari banayk kali,, tapi x jumpa borang permohonan…
    hanya untuk pelajar spm jew..
    please reply a.s.a.p..
    tq.. =)

    1. beliamuda Avatar

      @fatin syafiqahh nur, permohonan untuk matrikulasi juga boleh dicari laman web UTP. Anda perlu alert dengan perkara ni sebab permohonan hanya dibuka sekali sahaja dalam setahun (untuk matrikulasi) dan tempohnya singkat sahaja. kemasukan lepasan matrik dan setaraf baru telahpun selesai untuk sem depan.

  3. afy diyai Avatar
    afy diyai

    saya pelajar lepasan diploma course computer science, ingin sekali mlajutkan pelajaran ke U.K. adakah saya boleh memohon? harap balas..

    1. beliamuda Avatar

      @afy diyai, permohonan biasiswa PETRONAS dibuka hanya pada waktu tertentu. course yang anda lalui juga jarang ditaja oleh mereka.

  4. Ewan Avatar
    Ewan

    bagaimana plak bg pelajar lepasan diploma (2010). Permohonan biasiswa x d buka? bila akan di buka?

    1. beliamuda Avatar

      @Ewan, untuk PETRONAS, permohonan untuk sesi tahun ni telah pun ditutup. Anda kena tunggu untuk kemasukan ke tahun depan (Jan 2011).

  5. rahmat Avatar
    rahmat

    mengapa susah sangat nak dapat biasiswa Petronas ni. Kan Petronas adalah untuk memberi kemudahan para pelajar melayu mana dia nak bela anak melayu ni. tolonglah beri bantuan dengan biasiswa pertonas yang banyak untung tu beri kemudahan perbelanjaan pengajian kepada anak Melayu belajar.

    1. beliamuda Avatar

      @rahmat, anda boleh rujuk entri saya yang lain dan baca komen berkaitan Biasiswa PETRONAS ni.

      http://beliamuda.com/2010/05/biasiswa-petronas-kekecewaan-pelajar-utp-ambilan-jan-2010/

  6. shah Avatar
    shah

    sy bkl mnduduki spm 2010..sy nk tnye..univesiti mne yg twrkn geologi dan apakh klykan unt lpsn spm?

  7. AMSYAR Avatar
    AMSYAR

    SALAM ANA NAK TANYA..ADA X BIASISWA PETRONAS UNTUK PLJR LEPASAN SPM BAGI PENGAJIAN ISLAM DI JORDAN???

    1. beliamuda Avatar

      @AMSYAR, wasalam. rasanya takde la ya akhi.

  8. azim Avatar
    azim

    Assalamualaikum…

    Ana nk tnye lh…
    Ana bru hbis diploma Avionics dri UniKL…
    Ana ingt nk smbg blajar dlm mechanical engineering or mane2 yg brkaitan…nk tmbh lgi ilmu kt dada ni…

    Bleh ke nk mintak tajaan Petronas?

    Klu bleh mcm mne crenye?

    Syukran…

  9. zack_88 Avatar

    Salam wbt…
    Saya lulusn diploma kjruteraan elektrik(elektronik)Politeknik cmne cre nk smbg bljo dgree?
    Adkh layak mhon biasiswa JPA?
    Apkh kreatiria utk lpsn diploma politknik utk dpt bisiswa JPA bgi pgjian pringkt dgree?

    1. beliamuda Avatar

      @zack_88, apa yang saya faham, anda boleh sambung belajar di mana-mana IPT dan anda layak mohon biasiswa JPA sebaik sahaja anda telah berada dalam ijazah (tapi ini bergantung kepada syarat semasa biasiswa JPA).

  10. nas Avatar
    nas

    alhmdulillah,smase percubaan spm 2010 bru2 nie,sye dpt 10A….so,sy bkl mnduduki spm thun nie..,ttpi bolehkah sy memohon biasiswa petronas dgn result percubaan sy?…kalau boleh,macammana?…

    1. beliamuda Avatar

      @nas, boleh. semak di laman web UTP.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge