[Biasiswa 2010] Program Penajaan Pendidikan PETRONAS Bagi Lepasan SPM 2009

Salam sejahtera buat semua.

PETRONAS menawarkan pembiayaan dan penajaan untuk calon yang layak bagi memohon Program Pendidikan PETRONAS Bagi Lepasan SPM 2009. Pembiayaan ini adalah untuk mengikuti program pengajian di Universiti Teknologi Petronas (UTP) atau universiti lain samada di dalam Malaysia atau luar negara.

Tawaran penbiayaan ini adalah dalam bentuk pinjaman pendidikan.

Program Di Universiti Teknologi Petronas (UTP)

Program Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian)

  • Kejuruteraan Awam
  • Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
  • Kejuruteraan Kimia
  • Kejuruteraan Mekanikal
  • Kejuruteraan Petroleum

Program Sarjana Muda Teknologi (Kepujian)

  • Petroleum Geosains

Kelayakan Akademik

Memperolehi sekurang-kurangnya A- dalam 9 matapelajaran dalam keputusan SPM 2009 seperti berikut;

  1. Memperolehi sekurang-kurangnya A- untuk 6 matapelajaran berikut ;
    • Bahasa Melayu
    • Bahasa Inggeris
    • Matematik
    • Matematik Tambahan
    • Kimia
    • Fizik

    DAN

  2. Memperolehi sekurang-kurangnya gred A- dalam 3 matapelajaran lain

Program Sarjana Muda Teknologi (Kepujian)

  • Teknologi Maklumat & Komunikasi
  • Sistem Maklumat Perniagaan

Kelayakan Akademik

Memperolehi sekurang-kurangnya A- dalam 9 matapelajaran dalam keputusan SPM 2009 seperti berikut;

  1. Memperolehi sekurang-kurangnya gred A- dalam 3 matapelajaran berikut:
    • Bahasa Melayu
    • Bahasa Inggeris
    • Matematik

    DAN

  2. Memperolehi sekurang-kurangnya gred A- untuk mana-mana 3 matapelajaran berikut:
    • Kimia
    • Fizik
    • Biologi
    • Sains
    • Sejarah
    • Geografi
    • Sains Tambahan
    • Matematik Tambahan
    • Asas Perakaunan
    • Ekonomi Asas
    • Perdagangan
    • Prinsip Akaun
    • Teknologi Maklumat
    • Asas Pemprosesan Maklumat

    DAN

  3. Memperolehi sekurang-kurangnya gred A- dalam 3 mata pelajaran lain. Mata pelajaran tersebut boleh dipilih daripada senarai di atas atau mata pelajaran yang tidak tersenarai.

Calon-calon yang terpilih untuk mengikuti Program UTP, dikehendaki menjalani serta lulus Program Pengajian Asas (1 tahun) di UTP sebelum meneruskan pengajian di peringkat Sarjana Muda.

Program Di Universiti Lain (Di Malaysia dan Luar Negara)

Program Sarjana Muda Kejuruteraan

  • Kejuruteraan Kimia
  • Kejuruteraan Mekanikal
  • Kejuruteraan Petroleum

Program Sarjana Muda Sains Gunaan

  • Geologi
  • Geofizik

Kelayakan Akademik

Memperolehi sekurang-kurangnya A- dalam 9 matapelajaran dalam keputusan SPM 2009 seperti berikut;

  1. Memperolehi sekurang-kurangnya A- untuk 6 matapelajaran berikut ;
    • Bahasa Melayu
    • Bahasa Inggeris
    • Matematik
    • Matematik Tambahan
    • Kimia
    • Fizik

    DAN

  2. Memperolehi sekurang-kurangnya gred A- dalam 3 matapelajaran lain.

Program Sarjana Muda Perakaunan/Perdagangan/Ekonomi/Kewangan

  • Perakaunan
  • Perdagangan
  • Ekonomi
  • Kewangan

Kelayakan Akademik

Memperolehi sekurang-kurangnya A- dalam 9 matapelajaran dalam keputusan SPM 2009 seperti berikut;

  1. Memperolehi sekurang-kurangnya gred A- dalam matapelajaran berikut:
    • Bahasa Melayu
    • Bahasa Inggeris
    • Matematik

    DAN

  2. Memperolehi sekurang-kurangnya A- dalam mana-mana 3 matapelajaran berikut:
    • Kimia
    • Fizik
    • Biologi
    • Sains
    • Sejarah
    • Geografi
    • Sains Tambahan
    • Matematik Tambahan
    • Asas Perakaunan
    • Ekonomi Asas
    • Perdagangan
    • Prinsip Akaun

    DAN

  3. Memperolehi sekurang-kurangnya gred A- dalam 3 mata pelajaran lain. Mata pelajaran tersebut boleh dipilih daripada senarai di atas atau mata pelajaran yang tidak tersenarai.

Calon-calon yang terpilih untuk mengikuti Program di universiti luar negara/kampus cawangan di Malaysia (Curtin/Monash/Nottingham University) dikehendaki menjalani serta lulus Program Pengajian Asas (12 hingga 24 bulan) di kolej-kolej persediaan program luar negara/kampus cawangan di Malaysia sebelum meneruskan pengajian di peringkat Sarjana Muda.

Syarat Memohon

  • Calon-calon mestilah menggunakan keputusan SPM 2009.
  • Calon-calon mestilah warganegara Malaysia.
  • Calon-calon mestilah berumur sekurang-kurangnya 17 tahun dan tidak melebihi 19 tahun pada tahun 2010.
  • Mempunyai ciri-ciri kepimpinan serta aktif di dalam aktiviti ko-kurikulum.

Cara Memohon

  1. Permohonan mestilah dibuat secara online melalui laman web http://spmonline.petronas.com.my.
  2. Sila baca dengan teliti Panduan Memohon dan Panduan Mengisi Borang sebelum membuat permohonan.
  3. Setiap permohonan dikenakan Yuran Proses sebanyak RM20.00.
  4. Ibu bapa dinasihatkan supaya memohon bagi pihak pelajar yang sedang mengikuti kursus Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).
  5. Sekiranya ingin memohon kemasukan ke UTP sebagai Pelajar Persendirian dan/atau dengan lain-lain penajaan (selain PETRONAS), sila memohon menggunakan borang dan kaedah yang sama di laman web http://spmonline.petronas.com.my. Walaubagaimanapun, permohonan adalah tertakluk kepada syarat-syarat kemasukan yang ditetapkan oleh UTP. Sila rujuk syarat-syarat kemasukan UTP di laman web http://www.utp.edu.my.

Tarikh tutup

Permohonan Program Penajaan Pendidikan Petronas Bagi Lepasan SPM 2009 akan ditutup pada 19 Mac 2010, jam 5.00 petang.

Maklumat

  1. Sila rujuk laman web http://spmonline.petronas.com.my untuk membuat permohonan dan mendapatkan maklumat yang lebih terperinci.
  2. Sila hubungi talian hotline PETRONAS Sponsorship di 03 2331 2277 atau UTP Admission di 05 368 8407 / 8156 / 8344 / 8359) yang dibuka dari 9.00 pagi – 5.00 petang untuk sebarang pertanyaan.

Pautan: Laman Web UTP, Permohonan Dalam Talian untuk Lepasan SPM 2009, dan Kredit untul tulisan asal kepada ePutra.

beliamuda: Untuk pertanyaan berkaitan Universiti Teknologi PETRONAS (UTP), anda boleh ajukan terus kepada saya. Rujuk Mengenai Penulis terlebih dahulu.

Comments

81 responses to “[Biasiswa 2010] Program Penajaan Pendidikan PETRONAS Bagi Lepasan SPM 2009”

  1. […] sebagai pelajar UTP yang bukan dibawah tajaan PETRONAS tidak menyedari hal ini kecuali apabila hal permohonan biasiswa PETRONAS dibuka tempoh hari dan juga apabila timbulnya masalah daripada sistem […]

  2. damiey hakimie Avatar

    bila bukan tawaran kemasukan bagi lepasan matrikulasi 2009/2010 n jugak dia punyer scholarship ?

    1. beliamuda Avatar

      @damiey hakimie, kalau tak silap, dalam bulan Mac tempoh hari ada dibuka.

  3. EQ Avatar
    EQ

    adakh tawaran biasiswa petronas bagi lepasan matrikulasi???

    1. beliamuda Avatar

      @EQ, rasanya dalam bulan Mac hari tu ada dibuka untuk lepasan matrik, diploma dan setaraf.

  4. nur Avatar

    sy lepasan matrikulasi,sains fizikal.pointer sy 3.94. dan, sy ingin memohon ke UTP. adakah kemasukan ke UTP memerlukan kita untuk ditawarkan biasiswa petronas terlebih dahulu ataupun tiada kaitan? dan untuk pengetahuan saudara, sy tidak sempat membeli nombor pin biasiswa petronas.

    1. beliamuda Avatar

      @nur, anda boleh sahaja memohon terus ke UTP tanpa biasiswa. Anda boleh memohon kemudian untuk biasiswa/pinjaman lain seperti daripada JPA/PTPTN atau badan2 lain.

  5. alif Avatar

    sye nk tanye sye student diploma…utk apply utp bgi pengambilan degree keputsan bi bgi spm wjib crdit???bi spm sye hnya llus adkah lyak utk mhon program ijazah bgi utp
    ….

    1. beliamuda Avatar

      @alif, di UTP, medium pembelajaran adalah dalam BI. Saya tak pasti perlu sekadar lulus atau sekurang2nya B.

  6. payau Avatar
    payau

    sy bru abis foundation kt utp..tp xde pape scholar..so cmne nk apply scholar petronas utk undergrad?bole ke?xpun any suggestion utk scholarship lain?course petroleum geoscience..

    1. beliamuda Avatar

      @payau, boleh try JPA atau lain2. Dalam elearning selalu ada masuk info2 berkaitan.

  7. hyeart Avatar
    hyeart

    bleh tompg tnye…
    petronas ad sediakan biasiswa untuk stdnt nurse x?
    sy amk cos diploma in nursing n skg dh nk msuk sem3
    tolg jwb ek..really2 need da answer

    1. beliamuda Avatar

      @hyeart, rasanya takde.

  8. aku Avatar
    aku

    petronas xd tawarkan biasiswa 4 bdk lpsn foundation (i.e. uia) tuk sambung degree ke??? xkire la smbg dgree kat utp or uia…

    1. beliamuda Avatar

      @aku, untuk sambung degree tu ada, tapi permohonan tu sudah ditutup.

  9. fadhil Avatar
    fadhil

    sy lepasan matrikulasi dan telah diterima di usm kemasukan july .
    sy pening mcm maner nak apply biasiswa .adakah smue nye telah ditutup ?

    1. beliamuda Avatar

      @fadhil, JPA bakal dibuka nanti.

  10. mira Avatar
    mira

    ble lagi biasiswa petronas akn buka utk lepasan matrikulasi 2010??

    1. beliamuda Avatar

      @mira, untuk sesi tahun ni, dah ditutup pun. mungkin kena tunggu next year.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge