[Biasiswa 2010] Program Penajaan Pendidikan PETRONAS Bagi Lepasan SPM 2009

Salam sejahtera buat semua.

PETRONAS menawarkan pembiayaan dan penajaan untuk calon yang layak bagi memohon Program Pendidikan PETRONAS Bagi Lepasan SPM 2009. Pembiayaan ini adalah untuk mengikuti program pengajian di Universiti Teknologi Petronas (UTP) atau universiti lain samada di dalam Malaysia atau luar negara.

Tawaran penbiayaan ini adalah dalam bentuk pinjaman pendidikan.

Program Di Universiti Teknologi Petronas (UTP)

Program Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian)

  • Kejuruteraan Awam
  • Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
  • Kejuruteraan Kimia
  • Kejuruteraan Mekanikal
  • Kejuruteraan Petroleum

Program Sarjana Muda Teknologi (Kepujian)

  • Petroleum Geosains

Kelayakan Akademik

Memperolehi sekurang-kurangnya A- dalam 9 matapelajaran dalam keputusan SPM 2009 seperti berikut;

  1. Memperolehi sekurang-kurangnya A- untuk 6 matapelajaran berikut ;
    • Bahasa Melayu
    • Bahasa Inggeris
    • Matematik
    • Matematik Tambahan
    • Kimia
    • Fizik

    DAN

  2. Memperolehi sekurang-kurangnya gred A- dalam 3 matapelajaran lain

Program Sarjana Muda Teknologi (Kepujian)

  • Teknologi Maklumat & Komunikasi
  • Sistem Maklumat Perniagaan

Kelayakan Akademik

Memperolehi sekurang-kurangnya A- dalam 9 matapelajaran dalam keputusan SPM 2009 seperti berikut;

  1. Memperolehi sekurang-kurangnya gred A- dalam 3 matapelajaran berikut:
    • Bahasa Melayu
    • Bahasa Inggeris
    • Matematik

    DAN

  2. Memperolehi sekurang-kurangnya gred A- untuk mana-mana 3 matapelajaran berikut:
    • Kimia
    • Fizik
    • Biologi
    • Sains
    • Sejarah
    • Geografi
    • Sains Tambahan
    • Matematik Tambahan
    • Asas Perakaunan
    • Ekonomi Asas
    • Perdagangan
    • Prinsip Akaun
    • Teknologi Maklumat
    • Asas Pemprosesan Maklumat

    DAN

  3. Memperolehi sekurang-kurangnya gred A- dalam 3 mata pelajaran lain. Mata pelajaran tersebut boleh dipilih daripada senarai di atas atau mata pelajaran yang tidak tersenarai.

Calon-calon yang terpilih untuk mengikuti Program UTP, dikehendaki menjalani serta lulus Program Pengajian Asas (1 tahun) di UTP sebelum meneruskan pengajian di peringkat Sarjana Muda.

Program Di Universiti Lain (Di Malaysia dan Luar Negara)

Program Sarjana Muda Kejuruteraan

  • Kejuruteraan Kimia
  • Kejuruteraan Mekanikal
  • Kejuruteraan Petroleum

Program Sarjana Muda Sains Gunaan

  • Geologi
  • Geofizik

Kelayakan Akademik

Memperolehi sekurang-kurangnya A- dalam 9 matapelajaran dalam keputusan SPM 2009 seperti berikut;

  1. Memperolehi sekurang-kurangnya A- untuk 6 matapelajaran berikut ;
    • Bahasa Melayu
    • Bahasa Inggeris
    • Matematik
    • Matematik Tambahan
    • Kimia
    • Fizik

    DAN

  2. Memperolehi sekurang-kurangnya gred A- dalam 3 matapelajaran lain.

Program Sarjana Muda Perakaunan/Perdagangan/Ekonomi/Kewangan

  • Perakaunan
  • Perdagangan
  • Ekonomi
  • Kewangan

Kelayakan Akademik

Memperolehi sekurang-kurangnya A- dalam 9 matapelajaran dalam keputusan SPM 2009 seperti berikut;

  1. Memperolehi sekurang-kurangnya gred A- dalam matapelajaran berikut:
    • Bahasa Melayu
    • Bahasa Inggeris
    • Matematik

    DAN

  2. Memperolehi sekurang-kurangnya A- dalam mana-mana 3 matapelajaran berikut:
    • Kimia
    • Fizik
    • Biologi
    • Sains
    • Sejarah
    • Geografi
    • Sains Tambahan
    • Matematik Tambahan
    • Asas Perakaunan
    • Ekonomi Asas
    • Perdagangan
    • Prinsip Akaun

    DAN

  3. Memperolehi sekurang-kurangnya gred A- dalam 3 mata pelajaran lain. Mata pelajaran tersebut boleh dipilih daripada senarai di atas atau mata pelajaran yang tidak tersenarai.

Calon-calon yang terpilih untuk mengikuti Program di universiti luar negara/kampus cawangan di Malaysia (Curtin/Monash/Nottingham University) dikehendaki menjalani serta lulus Program Pengajian Asas (12 hingga 24 bulan) di kolej-kolej persediaan program luar negara/kampus cawangan di Malaysia sebelum meneruskan pengajian di peringkat Sarjana Muda.

Syarat Memohon

  • Calon-calon mestilah menggunakan keputusan SPM 2009.
  • Calon-calon mestilah warganegara Malaysia.
  • Calon-calon mestilah berumur sekurang-kurangnya 17 tahun dan tidak melebihi 19 tahun pada tahun 2010.
  • Mempunyai ciri-ciri kepimpinan serta aktif di dalam aktiviti ko-kurikulum.

Cara Memohon

  1. Permohonan mestilah dibuat secara online melalui laman web http://spmonline.petronas.com.my.
  2. Sila baca dengan teliti Panduan Memohon dan Panduan Mengisi Borang sebelum membuat permohonan.
  3. Setiap permohonan dikenakan Yuran Proses sebanyak RM20.00.
  4. Ibu bapa dinasihatkan supaya memohon bagi pihak pelajar yang sedang mengikuti kursus Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).
  5. Sekiranya ingin memohon kemasukan ke UTP sebagai Pelajar Persendirian dan/atau dengan lain-lain penajaan (selain PETRONAS), sila memohon menggunakan borang dan kaedah yang sama di laman web http://spmonline.petronas.com.my. Walaubagaimanapun, permohonan adalah tertakluk kepada syarat-syarat kemasukan yang ditetapkan oleh UTP. Sila rujuk syarat-syarat kemasukan UTP di laman web http://www.utp.edu.my.

Tarikh tutup

Permohonan Program Penajaan Pendidikan Petronas Bagi Lepasan SPM 2009 akan ditutup pada 19 Mac 2010, jam 5.00 petang.

Maklumat

  1. Sila rujuk laman web http://spmonline.petronas.com.my untuk membuat permohonan dan mendapatkan maklumat yang lebih terperinci.
  2. Sila hubungi talian hotline PETRONAS Sponsorship di 03 2331 2277 atau UTP Admission di 05 368 8407 / 8156 / 8344 / 8359) yang dibuka dari 9.00 pagi – 5.00 petang untuk sebarang pertanyaan.

Pautan: Laman Web UTP, Permohonan Dalam Talian untuk Lepasan SPM 2009, dan Kredit untul tulisan asal kepada ePutra.

beliamuda: Untuk pertanyaan berkaitan Universiti Teknologi PETRONAS (UTP), anda boleh ajukan terus kepada saya. Rujuk Mengenai Penulis terlebih dahulu.

81 thoughts on “[Biasiswa 2010] Program Penajaan Pendidikan PETRONAS Bagi Lepasan SPM 2009

  1. saya penuntut matrikulasi sesi 2010/2011 bila permohonan utk memasuki UTP dan biasiswa akan dikeluarkan bagi sesi saya. tq

    • @bellahanna, mengenai permohonan kemasukan ke UTP, anda boleh semak dalam website UTP. Pelajar matrik biasanya masuk untuk sesi July. Permohonan biasanya dibuka sekitar Mac.

  2. sye dpt 4 flat untuk sem 1..bley kew dpt biasiswa?? dan mcm mner yew..sye budak kolej matrikulasi perak 2010.

  3. saya pelajar asasi sains universiti malaya.. saya akan hbs asasi dalam bulan 4 tahun dpn iaitu tahun 2011.. saya berminat untuk buat buat degree tahun dpan di utp,,bile permohona itu akan di buka?

  4. salam saya ingin bertny bout biasiswa petronas..sekirany adik sy ingin memohon biasiswa petronas ini bagaimana caranya ia??
    adik sy akn menamatkan pengajian matrikulasi pd april ini..pointer dia 3.9…
    adakah permohonanny akn dibuka mac ini dan sy perlu mndptkan no pin di bsn sperti biasa??

  5. assalam..beliamuda,saya baru saja abis spm 2010.tapi result blom keluar lagi la.
    ssaya nak tanye,kalau saya masuk matrik,,kos pembelajaran tu, saya kene tanggung sendiri ke??
    ada tak mane2 biasiswa yang sediakan biasiswa untuk pelajar matrik,??
    hmmm,,mungkin soalan ni lawak,,,
    harap beliamuda bantu saya yang tengah buntu ni..
    terima kasih,,malaysia boleh..

  6. tumpang tanya, jika saya buat asasi UM, after dah habis asasi UM to bole ke sambung degree ke UTP??

  7. ada ke biasiswa petronas untuk lepasan matrikulasi?
    kalau ada,berapa gred minimum untuk layak menerimanya?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge