[Biasiswa 2010] Program Penajaan Pendidikan PETRONAS Bagi Lepasan SPM 2009

Salam sejahtera buat semua.

PETRONAS menawarkan pembiayaan dan penajaan untuk calon yang layak bagi memohon Program Pendidikan PETRONAS Bagi Lepasan SPM 2009. Pembiayaan ini adalah untuk mengikuti program pengajian di Universiti Teknologi Petronas (UTP) atau universiti lain samada di dalam Malaysia atau luar negara.

Tawaran penbiayaan ini adalah dalam bentuk pinjaman pendidikan.

Program Di Universiti Teknologi Petronas (UTP)

Program Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian)

  • Kejuruteraan Awam
  • Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
  • Kejuruteraan Kimia
  • Kejuruteraan Mekanikal
  • Kejuruteraan Petroleum

Program Sarjana Muda Teknologi (Kepujian)

  • Petroleum Geosains

Kelayakan Akademik

Memperolehi sekurang-kurangnya A- dalam 9 matapelajaran dalam keputusan SPM 2009 seperti berikut;

  1. Memperolehi sekurang-kurangnya A- untuk 6 matapelajaran berikut ;
    • Bahasa Melayu
    • Bahasa Inggeris
    • Matematik
    • Matematik Tambahan
    • Kimia
    • Fizik

    DAN

  2. Memperolehi sekurang-kurangnya gred A- dalam 3 matapelajaran lain

Program Sarjana Muda Teknologi (Kepujian)

  • Teknologi Maklumat & Komunikasi
  • Sistem Maklumat Perniagaan

Kelayakan Akademik

Memperolehi sekurang-kurangnya A- dalam 9 matapelajaran dalam keputusan SPM 2009 seperti berikut;

  1. Memperolehi sekurang-kurangnya gred A- dalam 3 matapelajaran berikut:
    • Bahasa Melayu
    • Bahasa Inggeris
    • Matematik

    DAN

  2. Memperolehi sekurang-kurangnya gred A- untuk mana-mana 3 matapelajaran berikut:
    • Kimia
    • Fizik
    • Biologi
    • Sains
    • Sejarah
    • Geografi
    • Sains Tambahan
    • Matematik Tambahan
    • Asas Perakaunan
    • Ekonomi Asas
    • Perdagangan
    • Prinsip Akaun
    • Teknologi Maklumat
    • Asas Pemprosesan Maklumat

    DAN

  3. Memperolehi sekurang-kurangnya gred A- dalam 3 mata pelajaran lain. Mata pelajaran tersebut boleh dipilih daripada senarai di atas atau mata pelajaran yang tidak tersenarai.

Calon-calon yang terpilih untuk mengikuti Program UTP, dikehendaki menjalani serta lulus Program Pengajian Asas (1 tahun) di UTP sebelum meneruskan pengajian di peringkat Sarjana Muda.

Program Di Universiti Lain (Di Malaysia dan Luar Negara)

Program Sarjana Muda Kejuruteraan

  • Kejuruteraan Kimia
  • Kejuruteraan Mekanikal
  • Kejuruteraan Petroleum

Program Sarjana Muda Sains Gunaan

  • Geologi
  • Geofizik

Kelayakan Akademik

Memperolehi sekurang-kurangnya A- dalam 9 matapelajaran dalam keputusan SPM 2009 seperti berikut;

  1. Memperolehi sekurang-kurangnya A- untuk 6 matapelajaran berikut ;
    • Bahasa Melayu
    • Bahasa Inggeris
    • Matematik
    • Matematik Tambahan
    • Kimia
    • Fizik

    DAN

  2. Memperolehi sekurang-kurangnya gred A- dalam 3 matapelajaran lain.

Program Sarjana Muda Perakaunan/Perdagangan/Ekonomi/Kewangan

  • Perakaunan
  • Perdagangan
  • Ekonomi
  • Kewangan

Kelayakan Akademik

Memperolehi sekurang-kurangnya A- dalam 9 matapelajaran dalam keputusan SPM 2009 seperti berikut;

  1. Memperolehi sekurang-kurangnya gred A- dalam matapelajaran berikut:
    • Bahasa Melayu
    • Bahasa Inggeris
    • Matematik

    DAN

  2. Memperolehi sekurang-kurangnya A- dalam mana-mana 3 matapelajaran berikut:
    • Kimia
    • Fizik
    • Biologi
    • Sains
    • Sejarah
    • Geografi
    • Sains Tambahan
    • Matematik Tambahan
    • Asas Perakaunan
    • Ekonomi Asas
    • Perdagangan
    • Prinsip Akaun

    DAN

  3. Memperolehi sekurang-kurangnya gred A- dalam 3 mata pelajaran lain. Mata pelajaran tersebut boleh dipilih daripada senarai di atas atau mata pelajaran yang tidak tersenarai.

Calon-calon yang terpilih untuk mengikuti Program di universiti luar negara/kampus cawangan di Malaysia (Curtin/Monash/Nottingham University) dikehendaki menjalani serta lulus Program Pengajian Asas (12 hingga 24 bulan) di kolej-kolej persediaan program luar negara/kampus cawangan di Malaysia sebelum meneruskan pengajian di peringkat Sarjana Muda.

Syarat Memohon

  • Calon-calon mestilah menggunakan keputusan SPM 2009.
  • Calon-calon mestilah warganegara Malaysia.
  • Calon-calon mestilah berumur sekurang-kurangnya 17 tahun dan tidak melebihi 19 tahun pada tahun 2010.
  • Mempunyai ciri-ciri kepimpinan serta aktif di dalam aktiviti ko-kurikulum.

Cara Memohon

  1. Permohonan mestilah dibuat secara online melalui laman web http://spmonline.petronas.com.my.
  2. Sila baca dengan teliti Panduan Memohon dan Panduan Mengisi Borang sebelum membuat permohonan.
  3. Setiap permohonan dikenakan Yuran Proses sebanyak RM20.00.
  4. Ibu bapa dinasihatkan supaya memohon bagi pihak pelajar yang sedang mengikuti kursus Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).
  5. Sekiranya ingin memohon kemasukan ke UTP sebagai Pelajar Persendirian dan/atau dengan lain-lain penajaan (selain PETRONAS), sila memohon menggunakan borang dan kaedah yang sama di laman web http://spmonline.petronas.com.my. Walaubagaimanapun, permohonan adalah tertakluk kepada syarat-syarat kemasukan yang ditetapkan oleh UTP. Sila rujuk syarat-syarat kemasukan UTP di laman web http://www.utp.edu.my.

Tarikh tutup

Permohonan Program Penajaan Pendidikan Petronas Bagi Lepasan SPM 2009 akan ditutup pada 19 Mac 2010, jam 5.00 petang.

Maklumat

  1. Sila rujuk laman web http://spmonline.petronas.com.my untuk membuat permohonan dan mendapatkan maklumat yang lebih terperinci.
  2. Sila hubungi talian hotline PETRONAS Sponsorship di 03 2331 2277 atau UTP Admission di 05 368 8407 / 8156 / 8344 / 8359) yang dibuka dari 9.00 pagi – 5.00 petang untuk sebarang pertanyaan.

Pautan: Laman Web UTP, Permohonan Dalam Talian untuk Lepasan SPM 2009, dan Kredit untul tulisan asal kepada ePutra.

beliamuda: Untuk pertanyaan berkaitan Universiti Teknologi PETRONAS (UTP), anda boleh ajukan terus kepada saya. Rujuk Mengenai Penulis terlebih dahulu.

Comments

81 responses to “[Biasiswa 2010] Program Penajaan Pendidikan PETRONAS Bagi Lepasan SPM 2009”

  1. hudaru Avatar
    hudaru

    ok sy pnah apply guna result trial tp x dapat biasiswa… yuran dye 5000++ satu sem.. tpaksa bl menoreh getah dulu ar. so utk spm camne???

    1. beliamuda Avatar

      @hudaru, untuk spm baru ni dibuka permohonan biasiswa. so, skg ni masih di utp lagi la?

  2. AIN Avatar

    saya nak tanya… bagaimana pula untuk biasiswa dari petronas bagi lepasan matrikulasi 2010 ini??bila keluar atau sudah ada date line??
    .-= AIN´s last blog ..Menanti di alam Barzakh =-.

    1. beliamuda Avatar

      @AIN, permohonannya sama dengan lepasan SPM. (sudah ditutup – untuk biasiswa).

      1. baniaz Avatar
        baniaz

        @beliamuda, npe lpsn matrikulasi sama dgn spm sdgkn waktu tarikh tutup tu matrik blm lg exam utk sem2??dia nak ambil pelajar matrik tgk result sem1 je ke??

        1. beliamuda Avatar

          @baniaz, untuk makluman, sistem semester di UTP sudah berubah. Sekarang ni ada tiga semester (Jan, Mei dan Sep). Saya tak pasti sama ada lepasan matrik ini kena tunggu kemasukan Sep atau ada yang diterima semasa kemasukan Mei.

  3. Suraya Avatar
    Suraya

    Bila boleh saya tahu keputusan permohonan biasiswa Petronas?

  4. anwar Avatar
    anwar

    saya juga nak tahu bile keputusan permohonan biasiswa luar negara bagi lepasan spm kluar..harap bole tolong ea:)

    1. beliamuda Avatar

      @anwar, dah bolek cek spe yang layak untuk interview.

  5. hissyam Avatar
    hissyam

    bagaimana hendak membuat permohonan ijazah luar negara bagi lepasan diploma

    1. beliamuda Avatar

      @hissyam, kalau nak sambung luar negara, boleh je buat permohonan terus ke uni yang dikehendaki tu. tpi kalau untuk biasiswa, itu kena tengok tawaran semasa.

      1. hissyam bin hazmi Avatar
        hissyam bin hazmi

        @beliamuda, jadi..kite boleh la memohon mana2 university luar negara tu ye? tapi kite kena cari tajaan kite la? cam tu ke?

        1. beliamuda Avatar

          @hissyam bin hazmi, boleh. tpi kena tanggung kos tinggi la kalau tak dapat tajaan / pinjaman.

  6. faah Avatar
    faah

    kptsn biasiswa petronas da keluar ker??
    macam mane nak tau??

    1. beliamuda Avatar

      @faah, biasanya dia akan hantar surat tawaran melalui kourier express (ni pengalaman saya empat tahun lepas).

  7. kurt Avatar
    kurt

    boleh bagi link x nk check katne?

    1. beliamuda Avatar

      @kurt, maaf terlewat membalas. jumpa tak linknya?

  8. umairah Avatar
    umairah

    saya nak tanya pasaal penajaan petronas di utp….saya nak semak tapi lupa kata laluan…saya harap ada yang boleh tolong saya…..

    1. beliamuda Avatar

      @umairah, sila berhubung terus dengan pihak berkaitan.

  9. kpt99 Avatar
    kpt99

    Anak kawan saya mendapat 10A+s dalam spm 2009 serta cermalang dalam ko-kurrikulum tetapi gagal dalam pemohonan.Dengan itu, saya pun keliru berdasarkan apakah Petronas memilih calonnya dalam program ini.Best of the best too fail to get, who else can get ?. please explain.

  10. hye Avatar
    hye

    umm,,sy calon spm 2010,,inyaallah 11 a+,,cma sy nk tnye untuk ke luar ngara,,ngra mne yg dhntar??kna buat persediaan dluw ke kt sni o trus pegi??

    1. beliamuda Avatar

      @hye, tengok keadaan. ada yang pergi terus (biasanya ke US dan tertentu sahaja). Kebiasaannya ada persedian dan ada yang terkandas di sini (bukan nak jatuhkan semangat, tapi sebagai peringatan).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge