Bakal Dipertemukan Dengan Cinta Sufi (Novel RAM)

Salam sejahtera buat semua.

Trilogi-Bagai-Puteri-RAM

Jangan salah sangka. Tajuk novel terbaru Ramlee Awang Murshid (RAM) tu bukanlah sepanjang tajuk entri ni, tapi cuma Cinta Sufi. Tajuk novel terbaru ini telah pun didedahkan dalam novel RAM yang terkini iaitu 9 Nyawa yang terbit suku akhir tahun lepas.

Bagi peminat RAM, pastinya ramai merasakan tidak puas semasa membaca Trilogi Bagai Puteri (Bagaikan Puteri, Cinta Sang Ratu dan Hijab Sang Pencinta). Manakan tidak, watak utama iaitu Laksamana Sunan seakan-akan dimatikan begitu sahaja dalam novel terakhir iaitu Hijab Sang Pencinta.

Pada pandangan saya, kekuatan novel ini begitu terserlah pada watak Laksamana Sunan yang dibina dengan baik dalam dua novel terawal, terutama Bagaikan Puteri. Pasti pembaca ingat dengan frasa ini, “Awan, kalau dapat kucapai, maka saktilah hamba”

Dalam emel yang ditulis oleh RAM kepada KelabRAM, dia mengandaikan novel Hijab Sang Pencinta sebagai noktah kepada Trilogi Bagai Puteri. Namun, melalui emel dan SMS daripada peminat yang kecewa dengan kematian Saifuddin (nama sebenar Laksamana Sunan), RAM mengambil keputusan untuk menghidupkan kembali watak ini.

catlina3 cinta sufi RAM

Saifuddin dihidupkan semula dalam novel Cinta Sufi yang mula ditulis November 2009 dan dikatakan novel ini adalah new session kepada Trilogi Bagai Puteri yang dilanjutkan.

Berikut adalah petikan emel RAM yang disiarkan di laman blog RAMFC berkenaan ringkasan cerita Cinta Sufi;

Catalina merupakan seorang balu bangsawan Portugis yang kematian suami, belayar ke Tanah Melayu atas saranan Maryam – satu jelmaan berjubah dan berhijab putih yang ditemui apabila Catalina pengsan sahaja. Maryam berjanji akan membongkar satu rahsia besar tetapi pertemuannya mestilah di Hulu Melaka dan Catalina kena mencari seorang lelaki bertanduk dua untuk mengiringi perjalanannya ke Hulu Melaka. Ketika sampai ke Melaka, Portugis sedang menggempur Melaka dan Melaka dapat ditawan. Masa inilah Catalina menemui Saifudin yang pengsan di pantai Punggor. Lalu Laksamana Sunan itu dijadikan hamba sahaya kepada Catalina. Perjalanan ke Hulu menghadapi bermacam rintangan termasuk huru-hara yang dicetuskan Pangeran Garitno (jelmaan Taghut) dan Puteri Kober Gandring yang hampir putus nyawa dikerjakan Saifudin dalam Hijab Sang Pencinta. Anak keponakan Taming Sari hulubalang terbilang Majapahit itu dibangkitkan semula dalam jelmaan pontianak.

Saifudin pula kehilangan kudrat kerana mengalami proses transformasi dari abad ke 21 yang telah memecahkan sel-sel dalaman. Luna pula muncul menagih kasih kepada Saifudin iaitu bangsa manusia pertama yang berjaya menambat hatinya. Begitu juga dengan Catalina yang lama-kelamaan menyenangi Saifudin kerana akhlak lelaki itu. Kesimpulannya – banyak nyawa terkorban dalam mengharungi perjalanan ke Hulu Melaka. Persoalannya – siapa Maryam bersama rahsia besarnya? Mengapa Saifudin digelar ‘lelaki bertanduk dua’? Apakah Taghut mampu dibunuh? Bagaimana dengan campur tangan Luna dalam peperangan antara sesama bangsa manusia? Apakah Saifudin berupaya bangkit menjadi Laksamana Sunan semula? Mengapa Taghut terlalu mendendami Saifudin? Siapakah yang mampu menjinakkan Puteri Gunung Ledang yang terkenal sakti itu? Dan…banyak lagilah.

Novel Cinta Sufi ini telah pun siap ditulis dan dicetak. Dijangkakan novel Cinta Sufi ini akan mula memasuki pasaran mulai daripada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2010. Untuk menjadi yang pertama mendapatkan buku tersebut, jangan lupa untuk ke PBAKL tahun ni.

beliamuda: Novel selepas Cinta Sufi seperti yang dinyatakan oleh RAM ialah Rayyan Fantasi.

Gambar 1 adalah Trilogi Bagai Puteri milik saya

Gambar 2 diambil daripada RAMFC

Comments

19 responses to “Bakal Dipertemukan Dengan Cinta Sufi (Novel RAM)”

  1. duranian Avatar

    nipi
    jgn baca novel je
    TP!!!
    hak2
    .-= duranian´s last blog ..#20 frust!!!!! =-.

    1. beliamuda Avatar

      @duranian, dah kena tegur dengan Dr Nurul Hasan kot. Dia bantai gelak bila aku jawab… ~_~

  2. x-po Avatar

    kawe kan, bila dgr jah psal novel, mesti ssh nk amik tahu..huhu kawe ni meme jenis xminat bc novel kot..beli pun tak pernah..hukhuk

    1. beliamuda Avatar

      @x-po, cikgu rajin membaca buku latihan murid. kan2? 😛

  3. aizuddin Avatar

    oh novel..kalau komik boleh terima lagi..hehe..ram ni x silap aku mmg femes dlm novel2 ni..membe aku pernah ckp la..huhu
    .-= aizuddin´s last blog ..Buat Entri Dengan Menggunakan Windows Live Writer =-.

  4. zaiMi Avatar

    aku rasa seumur hidup aku tak sampai 5 novel aku baca. hehe
    .-= zaiMi´s last blog ..Panas! Tips Mendapatkan Kerja Untuk Penganggur =-.

  5. Wan Perlis Avatar

    aku baca skit2 ja novel.
    Syabab Musafir Kasih pernah dengar x?terbaik
    .-= Wan Perlis´s last blog ..Jadilah Kita Manusia Yang Baik =-.

    1. beliamuda Avatar

      @Wan Perlis, pernah dengar, tapi tak pernah baca. saya mmg berada dalam linkungan mereka2 yang membaca novel sebegini. ^_^

  6. nur akmal Avatar

    wah!!!! ak mmg dh tau ni akn keluar. sbb tu, akn aku serbu PWTC nnti~ wah tk sabar nk balik mesia nnti!!!!
    dn pastinya!!!!
    akn ak tnggu kdtgn rayyan fantasi!
    RAM memang mantap!!! 🙂
    .-= nur akmal´s last blog ..For the rest of my life… =-.

    1. beliamuda Avatar

      @nur akmal, Cinta Sufi dilancar secara rasmi pada… err, 28 Mac kan?

  7. […] dua entri yang ditulis berkenaan Cinta Sufi, sebuah novel terbaru oleh RAM, pelbagai respon daripada rakan blogger yang saya terima. Secara kasar, ada dua kumpulan; satu yang […]

  8. zahraa Avatar
    zahraa

    ilove semua hasilkarya ramleeawang murshid…sy ingin mnjdi penulis yg terbaik seperti beliau

    1. beliamuda Avatar

      @zahraa, kena la belajar daripada yang pakar…

  9. sindora Avatar
    sindora

    memang suka 3 buku dye yg sebelumnie… pasti aku takkan lepas kan untuk buku yg keempat tentang sufi

    1. beliamuda Avatar

      @sindora, kalau gitu, dapatkanlah segera~

  10. fazry Avatar
    fazry

    tetapi kan…penghujung ayat yang dikatakan laksamana sunan adalah allah,allah,allah lailahaillallah……
    lepas tuh huruf besar MATI ITU PASTI HIDUP INSYA-ALLAH
    seolah2x pembaca menyangka laksamana sunan telah mati…..tetapi setelah membaca ayat ini ‘ Catalina menemui Saifudin yang pengsan di pantai Punggor. Lalu Laksamana Sunan itu dijadikan hamba sahaya kepada Catalina.’ rupanya laksamana sunan itu hanya pengsan
    suspen tergantung lah….selama ni

    1. beliamuda Avatar

      @fazry, mengikut apa yang saya faham, dia mati dari dunia moden dan kembali semula ke zaman Melaka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge