Salam sejahtera buat semua.
Dalam kehidupan dunia yang sebarang maklumat cepat tersebar melalui medium Internet dan media massa, menjadikan ianya suatu jalan paling pantas bagi seseorang menjadi popular dalam sekelip mata.
Caranya mudah sahaja dan yang penting ianya adalah percuma. Kebiasaanya selebriti, tokoh ataupun organisasi yang bijak memanipulasi cara ini. Tekniknya bukan seperti iklan yang memerlukan pembayaran.
Apalagi cara itu kalau bukan gosip dan skandal. Kalau gosip lebih kepada menjadikan seseorang itu sebagai mangsa keadaan (ataupun dia sendiri yang mereka gosip tersebut), skandal pula lebih menunjukkan seseorang itu bersalah.
Dalam kes terbaru, nama Vanessa Perroncel meningkat naik dengan mendadak sejak dua menjak ni. Skandalnya adalah kerana hubungan dengan pemain bola sepak pasukan terkenal, John Terry iaitu bekas kapten pasukan England (kena pecat sebab skandal ni).
“Vanessa Perroncel yang popular, aku yang menjadi mangsa. Kena pecat kot,” kata John Terry
Contoh di atas tu adalah contoh skandal berskala besar. Dalam negara kita sekarang pun ada beberapa skandal yang tidak kurang hangatnya. Skandal seks bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek yang menyebabkan dia meletak jawatan (atau kena pecat?), skandal seks Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang dibicarakan di Mahkamah Tinggi, skandal PKFZ dan macam-macam lagi.
Dalam kelompok yang kecil pun apatah lagi. Skandal si jantan dengan si betina, skandal itu dan skandal ini (fikir sendiri). Tanpa sedar, kita memang suka dengan skandal ni. Suka kerana kerahsiaanya, suka kerana ianya adalah hal peribadi orang lain dan suka kerana ianya adalah skandal!
Apa lagi contoh skandal yang panas lagi hangat?
Kesimpulannya, popular tu memang dapat. Malu pun akan tertempek jua di muka. Jadi, kurangkan berskandal, tingkatkan prestasi. Dari beliamuda {dot} com untuk pembaca.
beliamuda: [1] Mahu jadi seorang scandaluva kah? [2] Tak dapat nak cari maksud skandal sebab kamus takde…

Leave a Reply