Salam sejahtera buat semua.

Rasanya dah cukup sebulan blog beliamuda {dot} com bersama Serverfreak. Ringkasnya, berbaloi la servis dengan harga yang ditawarkan. Pada mulanya saya teragak-agak jugak la nak pindah sebab baru je upgrade pakej hosting. Tapi, setelah difikir masak-masak, pindah jugak la hosting.
Semasa proses perpindahan, semuanya diuruskan oleh Sam. Masa tu ada masalah nak tukar domain (pendaftar yang sama, cuma nak letak di bawah Serverfreak). Nasib baik Sam urus semua tu sendiri dan akhirnya setel.
Selepas perpindahan tu, ada sedikit masalah teknikal. Bukan sebab masalah hosting, tapi sebab nak tunggu DNS (baca: Domain Name Server) tu bertukar ke hosting baru. Ada la dekat seminggu jugak baru setel semua.
Sepanjang sebulan ni, rasanya ada tiga kali blog ni down. Semuanya sebab masalah nak sambung ke database. Down tu memang tak boleh elak la kan. Asam garam la kalau guna hosting. Yang bestnya, baru je report, terus je masalah selesai.
Kesimpulannya, nak beli hosting murah boleh je. Tapi jangan la nak expect tinggi sangat. Nanti marah di kemudian hari. 😀
beliamuda: Makin ramai la pulak yang beralih menggunakan hosting dan domain berbayar. Meriah weh~ [logo adalah hak milik Serverfreak]
aku pun guna serverfreak..time khai buat pomotion..aku angkut je la dulu..hehe..buat masa ni..mantap la..
.-= aizuddin´s last blog ..(Face Your Manga) Buat Avatar Anda Dengan Percuma! =-.
@aizuddin, huhu. aku amik dianya kupon. dapat la 10% less.
ramai eh pindah ke self hosted sekarang?
macam tak perasan lak.
.-= ariff´s last blog ..Blog.Ariff Update & Perkembangan Terkini =-.
@ariff, si belia muda ni dah lama guna self-hosted.
lagi cool berdomainkan dot com. hehe.
p/s: aku ServerFreak jugak!
@Amir, takde la lama mane. tak sampai setahun lagi pun.
@ariff, agak ramai jugak la.
Serverfreak memang diperakui oleh aku.. hohoh nak tau dia mantap ke tak.. try la hantar support ticket pukul 3-4 pagi.. hohoho still ada orang jawab gak tu..
.-= topo´s last blog ..Serlahkan Blog Dengan Favicon yang Unik =-.
@topo, kalau time tu, aku pun dah tidur. huhu~
tengah mencari2 juga…nasib baik ada melz,aku follow je dia nya nanti…
.-= eyriqazz´s last blog ..I Love Nuffnang =-.
@eyriqazz, cepatlah beralih ke domain sndiri.
@eyriqazz,
cepat2 la bro.. pindah hosting sdri plak..
.-= Frantz-Senpai´s last blog ..Hide My Drive =-.
aku tengah survey host baru, yg ada nak habih bln 4 nanti, yg datakl sekrang ni ok je, cuma mahal la sket sebab banyak pulak function, tapi tak terpakai pong…huhuhu…nanti nak kaji serverfreak ni pulak
.-= 1tomyam´s last blog ..Toyota Camry Gantung Jualan : Contoh Kawalan Kualiti =-.
Saya baca semua ok je pasal server freak…Walaupun mahal sket, tapi berbaloi untuk duit =)
Aku juga guna hosting yang sama dan sehingga hari ini service sangat baik bermula denga kak jie terus ke sam dan banyak dibantu olej josh.
.-= denaihati´s last blog ..Tak sangka ramai yang memilih HIDUP BERANI UNTUK GAGAL =-.
@denaihati, betul~
wow!!! cepat gile buat review…
nanti bile da gune setahun, buat review lagi ye…
kalo best Pisyek pun nak try gak nnt.. hehe…
.-= Pisyek´s last blog ..What goes around comes around =-.
@Pisyek, bukan review pun + sambil isi entri.. huhu~
dah 6 bulan aku guna hosting dr serverfreak, memang terbukti berbaloi 🙂
.-= khairil´s last blog ..Tipikalnya Drama Melayu =-.
Aku belum pernah guna serverfreak lagi. So, kalau lepas nie ade nk tambah lagi, kire dah masuk blm listla nie..thanks utk review ringkas tapi jujur..cayalah..
.-= hafizmd´s last blog ..Chot vs Saod =-.
@hafizmd, sekadar menulis apa yang telah dilalui sepanjang sebulan yang lalu.