Notis Pembaharuan Domain daripada ServerFreak

Salam sejahtera buat semua.

Serverfreak

Inbox emel hari ini diterjah satu notis pembaharuan domain daripada ServerFreak. Ada dua domain yang bakal tamat tempoh dalam masa terdekat, termasuk domain beliamuda.com yang akan tamat tempoh dalam masa 52 hari lagi!

Rasa macam cepat sangat masa berlalu sejak kali terakhir memperbaharui domain blog ni. Mungkin saya sendiri yang telah hilang “sense of time”. Nasib baik ada emel notis daripada ServerFreak ni. Kalau tak, memang luput dulu domain baru nak perasan. Tu pun kalau buka tengok blog sendiri hari-hari la.

Continue reading

(ServerFreak) Migrasi Server

Salam sejahtera buat semua.

Serverfreak

Adalah dimaklumkan bahawa blog beliamuda {dot} com akan mengalami gangguan akses bermula jam 12 malam 11 November 2010 untuk proses migrasi server. Masa pemindahan dijangka akan mengambil masa sehari.

Sejak hampir setahun bersama ServerFreak, memang saya sangat berpuas hati dengan prestasi server yang ditawarkan. Masa uptime yang dalam lingkungan 99% setiap bulan (laporan bulanan menggunakan Pingdom) dan juga khidmat pengguna yang baik dan pantas.

Continue reading

Sebulan Bersama Serverfreak

Salam sejahtera buat semua.

Serverfreak

Rasanya dah cukup sebulan blog beliamuda {dot} com bersama Serverfreak. Ringkasnya, berbaloi la servis dengan harga yang ditawarkan. Pada mulanya saya teragak-agak jugak la nak pindah sebab baru je upgrade pakej hosting. Tapi, setelah difikir masak-masak, pindah jugak la hosting.

Semasa proses perpindahan, semuanya diuruskan oleh Sam. Masa tu ada masalah nak tukar domain (pendaftar yang sama, cuma nak letak di bawah Serverfreak). Nasib baik Sam urus semua tu sendiri dan akhirnya setel.

Continue reading