Tag: google

  • Google Doodle: Ulang Tahun Google ke-14

    Salam sejahtera buat semua.

    Google Doodle 14th Birthday

    27 September 2012 menandakan ulang tahun Google yang ke-14.

    Sebenarnya, Google meraikan hari ulang tahunnya pada 7 September sehingga tahun 2005 apabila tarikh tersebut ditukar kepada 27 September bagi menyamakan dengan pengumuman rekod indeks oleh Google.

    (more…)

  • Google Doodle: Ulang Tahun Google ke-13

    Salam sejahtera buat semua.

    Google Birthday 13

    Tepat jam 12 tengah malam tadi, doodle baru mula diaktifkan di Google untuk hari ini. Rupa-rupanya doodle kali ini adalah bersempena dengan ulang tahun Google yang ke-13.

    Sudah sekian lama sejak saya menulis mengenai Google Doodle di sini. Sebelum ini telah banyak doodle yang sangat interaktif dan beranimasi yang dipaparkan. Pengguna dapat berinteraksi dengan doodle tersebut seperti Google Doodle pemain gitar Les Paul dan animasi seperti Google Doodle bagi pencipta Penunu Bunsen.

  • Awas Semasa Memadam Gambar yang ada di dalam Album Foto Google+

    Salam sejahtera buat semua.

    google_plusSaya tidak pasti berapa ramai rakan-rakan di sini yang mempunyai akaun Google+ (Google Plus) dan aktif menggunakannya. Kalau ada yang aktif, pastinya lebih arif dan tahu mengenai selok-belok Google+.

    Buat pengguna Google+ yang juga merupakan seorang pengguna platform Blogger (Blogspot), sedarkah anda bahawa kedua-dua tersebut menggunakan Picasaweb sebagai tempat simpanan gambar (sebagai hosting)?

    Mungkin selama ini pengguna Blogspot tidak ambil tahu dimanakah gambar-gambar yang dimuat naik ke Blogger untuk dimasukkan ke dalam entri itu disimpan. Sebenarnya, ianya disimpan di Picasaweb, sebuah servis simpanan gambar oleh Google. Cuba la login di sana untuk tinjau apa yang ada di situ.

    (more…)