Hai, Nama Saya beliamuda

Salam sejahtera buat semua.

Baru je masuk minggu kedua untuk semester kelima untuk pengajian ijazah kejuruteraan kimia, Universiti Teknologi Petronas (UTP). Tapi rasa macam dah sibuk sangat. Nak kena kejar sana, kejar sini. Tu pun assignment masih belum ada lagi. Tutorial dan lab pun masih belum mula lagi.

Mengambil idea tajuk yang hampir serupa dengan Jaws. Ni pun sebab baru je hadapi situasi yang hampir sama. Kalau Jaws latar tempat dia di kelas, saya pula mengambil latar tempat di bilik sendiri.

“Hai, nama saya beliamuda, tapi saya tidak tahu apakah nama saya dalam bahasa Jepun.”

Dengan otak biol-biol sikit sebab gi tidur masa Asar (letih sebab daripada pukul 8 dah kena buat kerja, sampai la pukul 4 baru setel), kawan saya yang bernama Abu Hensem nak minta tolong dan pendapat mengenai hosting sebab dia nak setup blog untuk event Kembara Sufi.

Datang la dia dengan komitinya. Baik budaknya. Tapi, aku lupa lak nama dia. Nanti kita berkenalan sekali lagi ya. Ahaks. Habis sesi berkenalan tu, aku mula la tunjuk ajar yang tak seberapa. Dengan wifi yang sengal (sebab saya tak dapat guna LAN UTP), boleh la tunjuk sikit-sikit.

Sekali Abu pergi lak cerita pasal blog beliamuda {dot} com. Hah, budak tu pun cakap la macam pernah dengar je.

“Oh, ni la beliamuda tu ya.”

…dan perbualan berlanjutan yang butir-butirnya saya pun dah tak ingat.

beliamuda: Abang Jaws, adik junior ni bukan nak sindir-sindir. Saya dah lama cam Abang Jaws (dulu kan duk Kampung yang sama). Cuma tak berani nak tegur je. Nampak ganas gitu. Haha…  😛

Comments

28 responses to “Hai, Nama Saya beliamuda”

  1. topo Avatar

    ni bukan post sindir..
    ni post mengampu ni.. hahaha
    .-= topo´s last blog ..Serlahkan Blog Dengan Favicon yang Unik =-.

    1. beliamuda Avatar

      @topo, mengampu ke? haha~

  2. Pisyek Avatar

    nk kopi idea ni jugak la…

    hi name saye pisyek… hehehe..

    =P
    .-= Pisyek´s last blog ..What goes around comes around =-.

    1. beliamuda Avatar

      @Pisyek, hi pisyek.

  3. eyra Avatar

    wkakakakaka tp jaws mmg pemes. 😛

  4. muhd Avatar
    muhd

    saje amik kesempatan ni nak tanye..macamane nak apply utp 4 lepasan spm 2009..

    1. beliamuda Avatar

      @muhd, kebiasaannya, selepas result diumukan, tawaran akan dibuka. boleh semak di laman web utp. http://www.utp.edu.my

    2. Pisyek Avatar

      @muhd, sila apply UTP, UTP best~~~

      hehe…
      .-= Pisyek´s last blog ..What goes around comes around =-.

  5. x-po Avatar

    xpa, jaws tu memiliki ati yg lembut..hehe
    .-= x-po´s last blog ..PENGALAMAN SEBAGAI GURU =-.

  6. blinkky Avatar

    Kat jerungperkasa pun ada baca pasal post yang cam ni =)
    .-= blinkky´s last blog ..My Alexa Rank After 308 Days Blogging =-.

    1. beliamuda Avatar

      @blinkky, mmg tiru idea dia pun.. 😀

  7. ikin Avatar

    hai, nama saya ikin~

    1. beliamuda Avatar

      @ikin, hi ikin.

      1. ikin Avatar

        @beliamuda, hai, incik beliamuda~~~~
        .-= ikin´s last blog ..kenapa saya sepohon kayu mati? =-.

  8. ariff Avatar

    ko satu kampung ngan jaws ke?
    haha
    macam la aku kenal jaws tu
    pernah dengar je nama dia, lama dah
    .-= ariff´s last blog ..Mari Memasak Makaroni Goreng =-.

    1. beliamuda Avatar

      @ariff, satu kampung kat uni.. haha… kat sini panggil hostel dia panggil village…

  9. Jaws Avatar

    hehe…
    syahdu aku baca entry ni..
    haha..
    sebab bagi aku backlink..
    hehe..
    ko pun femes gak..
    tapi dulu 1 village bukan nak tegur aku..
    aku ni jalan mana laa tengok orang sgt..
    main jalan jer..
    haha
    jadi blogger leh jadi femes erk?
    hehe..

    1. beliamuda Avatar

      @Jaws, haha… malu kot.. 😛

  10. zool Avatar

    Adik aku pun kejuruteraan kimia..
    Tapi kat UMP …
    selamat berjaya..
    .-= zool´s last blog ..Kursus oh Kursus =-.

    1. beliamuda Avatar

      @zool, terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge